• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Saluto 125 - Skuter Retro Klasik untuk Cabar Vespa, Lambretta

Suzuki Saluto 125 - Skuter Retro Klasik untuk Cabar Vespa, Lambretta

January 8, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

738
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI memperkenalkan model skuter baharu, Saluto 125 sempena Pameran Motor Taipei di Taiwan, baru-baru ini yang berkonsepkan retro klasik. Di pasaran, skuter ini nampaknya akan bersaing secara langsung dengan dua jenama legenda dunia, Vespa dan Lambretta.

Pasukan pereka Suzuki melakukan tugas impresif dalam memastikan setiap sudut badan Saluto 125 direka teliti dan sempurna. Kemasan warna kelabu membantu menonjolkan elemen keanggunan, dan diserikan penggunaan komponen krom untuk gaya klasik eksklusif. Material pelana daripada kulit coklat.

BACA >>> Suzuki Jepun Perkenal 3 Warna Baharu untuk Skuter Burgman 400 ABS

Sistem lampu Saluto 125 menggunakan teknologi LED penuh, terdiri daripada lampu utama, lampu signal dan lampu belakang. Juga dilengkapi ciri lampu siang (DRL) yang mendapat sentuhan pasukan pereka Itali. Bagaimanapun, kerja-kerja pembuatan dilakukan di Taiwan.

Saluto 125 juga praktikal dengan menawarkan ciri mesra tunggangan urban seperti sistem penghidup tanpa kunci. Sama seperti GSX R150, pembeli skuter ini akan dibekalkan kunci pintar.

Ada ruang simpanan disediakan di belakang konsol kunci Saluto 125 dan juga bawah pelana. Tidak dilupakan slot pengecas yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar dan peranti elektronik seperti kamera pemuka (dashcam).

BACA >>> Polis London Uji Skuter Hidrogen - Suzuki Burgman

Instrumen meter menggabungkan paparan analog dan digital. Spidometer analog diletakkan bahagian atas, manakala skrin digital di bawah memaparkan maklumat jarak tunggangan dan baki petrol dalam tangki. Skrin kedua berfungsi sebagai indikator amaran atau lampu.

Saluto 125 dipacukan trenkuasa sama seperti Suzuki Swish 125 di Taiwan, berkapasiti 124cc dengan transmisi CVT berkuasa 9.4hp dan tork 10Nm. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi absorber di belakang, manakala bahagian roda menggunakan set rim aloi hitam 10 inci.

Sistem brek disandarkan kepada cakera tunggal untuk roda depan dan dram di belakang. Suzuki belum mengumumkan harga Saluto 125, tetapi ada desas-desus mendakwa model ini akan dieksport ke luar negara bermula Februari ini.

BACA >>> Suzuki Indonesia Lancar Skuter Kecil Gaya Off-Road, NEX II Cross, Harga Mula RM4.6k

GALERI
Suzuki Saluto 125 Taiwan (10)
Suzuki Saluto 125 Taiwan (3)
Suzuki Saluto 125 Taiwan (5)
Suzuki Saluto 125 Taiwan (4)
Suzuki Saluto 125 Taiwan (1)
Suzuki Saluto 125 Taiwan (13)
Suzuki Saluto 125 Taiwan (6)
Suzuki Saluto 125 Taiwan (9)
Suzuki Saluto 125 Taiwan (8)
Suzuki Saluto 125 Taiwan (7)
suzuki-saleto-taiwan-1

SUMBER: TMCBlog | Okezone | Otoexpo

Related

738
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Moped, roda2, skuter, Suzuki, Suzuki Saluto 125, Suzuki Swish 125, Suzuki Taiwan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev