HASIL kerjasama Isuzu Malaysia bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam mewujudkan lebih ramai mekanik mahir bakal tercapai menerusi pengambilan pelatih fasa pertama Sekolah Teknikal Isuzu (ITS).
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka yang menyaksikan majlis pelaksanaan kursus itu di Pusat Pembangunan Isuzu (IDC), Shah Alam baru-baru ini menyatakan penubuhan ITS adalah bertujuan membina asas yang lebih kukuh dalam menghasilkan mekanik-mekanik berkemahiran tinggi..
Menurut Matsuoka, program yang dilancarkan oleh Isuzu Malaysia itu bermatlamat meningkatkan kemampuan mekanik berkemahiran. Pada masa sama menambah baik tahap kecekapan pusat servis Isuzu.
Fasa pertama melibatkan lima orang perantis ITS dipilih memulakan kursus selama enam bulan.
KELAS TEORI & AMALI
Kursus ITS merangkumi kelas teori dan amali dengan menggunakan silibus dibangunkan oleh Isuzu Malaysia di bawah bimbingan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
Ia melibatkan prinsip-prinsip asas operasi bengkel, sistem operasi kenderaan komersial, prosedur servis dan penyelenggaraan serta kemahiran baik pulih (overhaul) komponen.
Bagi anda yang berminat menyertai program ini perlulah memiliki kredit SPM dalam mata pelajaran matematik dan sains.
Maklumat lanjut berkaitan program latihan ITS, layari www.isuzu.net.my.
NOOR SHAHIRAH BINTI MAZRI says
bagaimana saya mahu memohon masuk sekolah teknikal isuzu. cara memohon bagaimana ?
ABG GYL says
Hi Norshahirah,
Mohon PM abang di facebook Pandulaju.com.my
Abang akan fowardkan permintaan Norshahirah pada pihak Isuzu Malaysia.