• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kasma Daniel Optimis Podium ARRC Di Buriram

Kasma Daniel Optimis Podium ARRC Di Buriram

May 4, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Kasma DanielKASMA Daniel Kasmayuddin mahu meneruskan momentum kejayaan menjuarai perlumbaan CP130 Cub Prix pusingan ke-3 di Kangar, Ahad lalu dengan misi meraih podium dalam kelas Asia Production 250cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand hujung minggu ini.

Pelumba berusia 16 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang mendominasi perlumbaan CP130 yang juga kemenangan kedua daripada tiga pusingan Kejuaraan Cub Prix musim ini sekaligus menjadi pembakar semangat untuk mempamer aksi serupa untuk berhadapan jaguh muda dari Asia.

Kasma Daniel Optimis Podium ARRC (2)“ Saingan di pentas Asia lebih sengit dengan kehadiran ramai pelumba-pelumba berbakat dari seluruh Asia. Namun saya yakin mampu memberikan aksi terbaik dan cuba memberikan saingan khususnya untuk menyekat dominasi trio dari Thailand,” jelas Kasma yang beraksi bersama pasukan Yamaha Finson Racing itu.

Sehingga kini, Kasma berada di tangga ke-8 keseluruhan dengan 17 mata. Kedudukan pendahulu Asia Production 250cc masih menjadi milik trio Yamaha Thailand Racing Team dengan Apiwat Wongthananon mendahului senarai dengan 50 mata maksimum diikuti Peerapong Loiboonpeng di kedudukan kedua dengan 40 mata dan Anupab Sarmoon ketiga, 32 mata.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ARRC, Asia Production 250cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM, CubPrix, Kasma Daniel Kasmayuddin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev