WALAUPUN Kia Rio bukanlan jenama popular di Malaysia, tetapi model hatchback subkompak ini memang ada kelompok peminat tersendiri.
Malah, pemilik kereta Korea ini ada kelab mereka sendiri di Malaysia, dipanggil Riolutions yang ditubuhkan sejak 30 April 2013 dengan menggunakan laman Facebook sebagai platform komunikasi. Setakat ini, kelab komuniti itu sudah mengumpul 6,803 ahli yang bukan saja di Malaysia, tetapi juga luar negara.
Ini forum tempatan yang paling aktif membincangkan dan berkongsi apa saja tentang Kia Rio, dengan misi menghubungkan pemilik dan peminat Rio dari Malaysia dan seluruh dunia. Ini membolehkan setiap pemilik dan peminat model itu saling bertukar maklumat, berkongsi idea, mengeratkan silaturrahim dan berseronok.
BACA >>> #PanduUji: 6 Sebab Kenapa Kia Rio Sedan Perlu Lebih Perhatian
PERHIMPUNAN MERDEKA PUTRAJAYA
Sempena sambutan kemerdekaan ke-62 pada 31 Ogos lalu, Riolutions menganjurkan 'Perhimpunan Merdeka' bertemakan 'We Are Not Racers, We Are of All Races' di Taman Tasik Cyberjaya yang bertujuan mempromosikan perpaduan dan perpaduan dalam kalangan ahli kelab selain menanamkan rasa cinta kepada negara.
Menariknya, acara tersebut tersebut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi perhimpunan Rio terbesar pernah dianjurkan dengan dihadiri 33 pemilik Kia Rioyang datang dari Lembah Klang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Acara itu, yang menarik perhatian lebih 80 orang, termasuk kanak-kanak, dimeriahkan dengan sarapan ringan, 'pek parti' untuk kanak-kanak, cabutan bertuah, kereta berhias dan pertandingan kereta tema terbaik. Kemuncak acara adalah konvoi sejauh 30km merentasi Lebuhraya Elite ke tempat makan tengah hari di The Mancave, Glenmarie, Shah Alam.
BACA >>> Kia Rio Automatik 6-Kelajuan Sudah Pun Ada Dijual di Pusat Jualan?
Konvoi tersebut nyata menyeronokkan bagi kebanyakan peserta yang mengakui itu ialah pengalaman pertama mereka. Jawatankuasa penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam acara berkenaan, termasuk pihak penaja bersama, NÖÖÖDLES Express®, Krava Studios dan The Mancave, Glenmarie.
Sesiap yang berminat menyertai kelab komuniti Riolutions bolehlah mendaftarkan diri ke laman grup Facebook RIOLUTIONS (https://www.facebook.com/groups/riolutions/).
Leave a Reply