• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Benelli TRK 251, Leoncino 250 Lancar di Malaysia, Harga Serendah RM13.8k Sahaja!

Benelli TRK 251, Leoncino 250 Lancar di Malaysia, Harga Serendah RM13.8k Sahaja!

August 22, 2019 By Aryon 3 Comments

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holding Sdn Bhd selaku wakil pengedar jenama Benelli di Malaysia melancarkan dua model suku liter baharu untuk pasaran tempatan, iaitu roadster kompak Leoncino 250 dan touring, TRK 251.

Dua model tersebut sudah boleh dilihat dan dibeli bermula penghujung Ogos ini (TRK 251) dan awal September depan (Leoncino 250) yang kedua-duanya ditawarkan dengan tanda harga sama, bermula RM13,888. Menarik!

BACA >>> Benelli RFS150i Perkenal Grafik, Warna Baharu dengan Tambahan Versi SE!

1. BENELLI LEONCINO 250

Rekabentuk Benelli Leoncino 250 mengambil ilham gaya motosikal retro klasik 50-60-an yang diberikan suntikan teknologi moden masa kini. Lampu utama menggunakan ciri LED penuh dengan tangki lebar yang menirus ke belakang menerusi rekaan pelana kompak.

Casis trellis tiub keluli memberikan penampilan moden bersama trenkuasa enjin silinder tunggal 249cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) dan  pencucuhan TLI yang menghasilkan kuasa lebih 25hp @ 9,000rpm dan tork 21Nm @7,500rpm

Sistem suspensi disokong fork terbalik (USD) 41mm di depan dan swingarm dengan monoshock di belakang. Sistem brek depan menggunakan cakera 280mm dan kaliper 4-piston, manakala brek belakang dipasangkan cakera 240mm dan kaliper piston tunggal untuk kuasa henti meyakinkan. Pasangan rim 17 inci dibalut set tayar depan 110/70 R17 dan belakang 150/60 R17. Pemuka menggunakan panel digital penuh.

Ada tiga pilihan warna ditawarkan Pearl Brown, Italian Red dan Titanium Grey. Leoncino 250 boleh didapati di semua wakil pengedar Benelli terpilih seluruh negara bermula September ini pada harga RM13,888 dan RM14,688 (ABS Edition).

BACA >>> #KLIMS2018: Benelli Leoncino 250 (2019) Buat Debut Global di Malaysia

benelli-leoncino-250-malaysia-1
benelli-leoncino-250-malaysia-2
benelli-leoncino-250-malaysia-3
Sara Dossena
benelli-leoncino-250-malaysia-5
Sara Dossena
Benelli
benelli-leoncino-250-malaysia-brosur-1
benelli-leoncino-250-malaysia-brosur-2
benelli-leoncino-250-malaysia-italian-red
benelli-leoncino-250-malaysia-pearl-silver
benelli-leoncino-250-malaysia-titanium-grey

2. BENELLI TRK 251

Benelli TRK 251 ialah model touring suku liter yang direka untuk mereka yang sukakan kelasakan. Ia mudah dan tangkas dikendalikan dengan kuasa yang sentiasa mencukupi untuk menempuh pelbagai cabaran jalan raya walaupun untuk penunggang berstatus novis.

Faktanya, enjin silinder tunggal 250cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi EFI  sememangnya direka untuk penunggang muda dan boleh dimiliki penunggang leses asas (B2) tanpa perlu menaik taraf lesen memandu. Kuasa 26.8hp @ 10,500rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan pastinya mencukupi untuk memenuhi selera tunggangan seorang penunggang advencer sejati.

TRK 251 juga dilengkapkan sistem ekzos sensor oksigen dengan pemangkin, manakala kapasiti tangki 18 liter sudah cukup jauh untuk membawa pemiliknya meredah jauh ke pelusuk kota dan desa. Sama seperti Leoncino 250, jentera ini menggunakan frem trellis keluli untuk memaksimumkan versatiliti dan kawalan tunggangan.

sistem suspensi menggunakan fork USD dengan travel 41mm di depan dan swingarm dengan monoshock di belakang dan tracel 51mm. Sistem brek menggunakan cakera apung 280mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan cakera 240mm dengan kaliper piston tunggal di belakang. Rim aloi 17 inci dikemaskan dengan set tayar 110/70 (depan) dan 150/60 (belakang).

Ada tiga warna ditawarkan Rudy Red, Titanium Grey dan Jet Black. TRK 251 kini boleh dibeli di wakil pengedar Benelli terpilih seluruh negara bermula hujung Ogos ini pada harga RM13,888 dan RM14,688 (ABS Edition).

BACA >>> #KLIMS2018: Touring Kecil Benelli TRK251 Jengah Pasaran Malaysia 2019

benelli-trk-251-malaysia-1
benelli-trk-251-malaysia-2
benelli-trk-251-malaysia-3
benelli-trk-251-malaysia-4
benelli-trk-251-malaysia-5
benelli-trk-251-malaysia-6
benelli-trk-251-malaysia-brosur-1
benelli-trk-251-malaysia-brosur-2
benelli-trk-251-malaysia-jet- black
benelli-trk-251-malaysia-ruby- red
benelli-trk-251-malaysia-titanium-grey

BENELLI LEONCINO 250

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: benelli, Benelli Leoncino 250, Benelli TRK 251, Benellio Malaysia, Dual-Purpose, MForce Bike Holding Sdn Bhd, naked bike, roda2

Comments

  1. Ali says

    September 1, 2019 at 11:15 AM

    Macam mana dengan performance trk251 ni. Ada apa apa komen ke dari rider yg pernah guna Benelli ni

    Reply
  2. Azman ismail says

    September 5, 2019 at 10:56 PM

    Bagaimana dgn sparepart ..mudah dapat ke

    Reply
  3. rt says

    September 29, 2019 at 4:57 PM

    13k .. lepas 5thn kira hapus kira kot .. xda part nk kawin model ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev