• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DriveOn: Tan Chong Lancar Aplikasi Mobil untuk Pemilik Nissan, Renault dan Infiniti Malaysia

DriveOn: Tan Chong Lancar Aplikasi Mobil untuk Pemilik Nissan, Renault dan Infiniti Malaysia

August 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


TAN Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) memperkenalkan perkhidmatan aplikasi mobil, 'DriveOn by Tan Chong', khas buat pemilik kereta Nissan, Renault dan Infiniti bagi memudahkan mereka merancang urusan penyelenggaraan kenderaan.

Caranya, pemilik kenderaan Nissan, Renault dan Infiniti hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut secara percuma menerusi Google PlayStore dan Apple AppStore. Sebagai sebahagian kempen pelancaran, 5,000 pengguna awal akan diberikan diskaun alat ganti sebanyak 5 peratus

BACA >>> Tan Chong Buka Kilang Subaru di Thailand, Subaru Forester Jadi Model Pertama Dipasang

Dengan DriveOn, pengguna boleh menguruskan penyelenggaraan kenderaan selain mendapatkan promosi ditawarkan. Antara maklumat ditawarkan ialah:

  1. Jadual Janji Temu Servis: Pelanggan boleh lihat slot tempahan janji temu secara langsung dan menjadualkan sendiri masa janji temu, memilih mana-mana 60 pusat servis TCEAS dan tetapkan pusat servis kegemaran anda, serta navigasi ke cawangan pusat sevis itu. Janji temu untuk menukar inflator beg udara Takata juga boleh dibuat menerusi aplikasi ini.
  2. Rekod Sejarah Servis: Pelanggan boleh menyemak dan memantau rekod servis kenderaan.
  3. Maklumat Servis: Pelanggan boleh mendapatkan maklumat pakej servis, alat ganti dan harga anggaran lebih awal.
  4. Peringatan Servis: Pelanggan akan diingatkan tarikh janji temu dan dimaklumkan apabila kereta sudah siap diambil.
  5. Bantuan Jalanan: Akses bantuan kecemasan jalanan dan pusat panggilan kecemasan 24 jam untuk mendapatkan bantuan berhubung kenderaan. Aplikasi mobil ini juga menyediakan maklumat ‘Do’s & Don’ts’ sekiranya pengguna terlibat dalam kemalangan.
  6. Promosi: Pelanggan layak menerima promosi yang hanya ditawarkan kepada pengguna aplikasi.
  7. Kemas Kini Promosi:  Notifikasi mengenai promosi menarik atau acara akan datang.
  8. E-Majalah ‘Drive On’: Dapatkan berita dan perkembangan terkini Nissan, tip pemanduan dan penyelenggaraan serta pelbagai topik menarik.
  9. GoCar Malaysia: Tawaran tambahan untuk mendapatkan perkhidmatan GoCar apabila kereta sedang disenggara. Aplikasi ini juga membolehkan beberapa kenderaan milik individu sama didaftarkan.

BACA >>> 10 Teknologi Angkasa dalam Kereta Nissan Hari Ini

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi, Aplikasi DriveOn by Tan Chong, aplikasi mobil, Auto Terkini, DriveOn, Edaran Tan Chong Motor, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Infiniti, Mobile Apps, Nissan, Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my