BERITA baik buat pelumba kategori persendirian Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Kerajaan Pulau Pinang menyediakan bantuan khas berjumlah RM5,000 untuk membantu pelumba persendirian yang berasal dari Pulau Pinang.
Ya, hanya pelumba kategori persendirian yang berasal dari Pulau Pinang sahaja akan menikmati ganjaran ini.
" Menyedari kos sukan permotoran yang tinggi, kami memutuskan untuk membantu dengan menyediakan dana kecil kepada pelumba persendirian dari negeri ini untuk perlumbaan di Batu Kawan," kata Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata,
Untuk makluman, 'Dana Pelumba Persendirian Pulau Pinang’ ini akan dibahagi sama rata dikalangan pelumba persendirian kelahiran Pulau Pinang yang akan beraksi di Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan terhad untuk pusingan kedua sahaja.
Kerajaan negeri Pulau Pinang adalah pihak pertama yang menyediakan insentif kepada pelumba dan penganjur Cub Prix sentiasa mengalu-alukan inisiatif seperti ini.
Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Stadium batu Kawan pada 16 dan 17 April. Masuk dan parkir adalah percuma.
Leave a Reply