• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ApaNakBuat: Hon Motor Tak Berbunyi, Apa yang Perlu Diperiksa?

#ApaNakBuat: Hon Motor Tak Berbunyi, Apa yang Perlu Diperiksa?

July 7, 2019 By Admin PanduLaju 5 Comments

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JARANG mat motor mahu bersembang pasal hon, tetapi kalau hon sudah jem memang menyakitkan hati juga. Bayangkan nak hon ajak member pergi lepak mamak pun tak boleh. Ye lah, dia membuta serupa sudah meninggal dalam rumah, telefon pula haram tak dengar. Itu belum lagi dilema nak hambat lembu melintas lenggang kangkung menyeberang jalan. Rider kampung katakan... Hmm...

Walaupun pengguna jalan raya Malaysia terkenal dengan sikap berbudi bahasa kerana jarang sekali membunyikan hon, tetapi selalu juga hon dijadikan alat memaki kenderaan lain. Lebih-lebih lagi jika terserempak mereka yang menukar, memotong atau memasuki lorong kita tanpa beri lampu signal.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Terjadi Kalau Sengaja Tidak Mahu Guna Bateri Motosikal?

Kalau hon sudah jahanam, boleh saja digantikan baharu. Tetapi, sebelum itu apa kata periksa dulu punca kenapa komponen kecil berbunyi kuat itu tidak berfungsi:

1. PERIKSA BATERI, LEMAH ATAU TIDAK?

Hon mendapat kuasa daripada bateri dan jika bateri lemah, bunyi yang terkeluar akan kedengaran begitu sayup atau langsung tidak berbunyi. Sesetengahnya berbunyi sempit dan terkepit seperti itik dicekik lehernya.

Apapun, mujurlah ada hon kerana antara tanda-tanda bateri lemah ialah hon motor kita tidak berbunyi selain lampu jadi tidak terang dan sukar hendak menghidupkan enjin.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Terjadi Kalau Sengaja Tidak Mahu Guna Bateri Motosikal?

2. PERIKSA KABEL/WAYAR

Periksa kabel yang disambungkan ke hon. Secara umum, hon terdiri daripada dua kabel iaitu elektrik dan massa. Kalau salah satu atau kedua-duanya tercabut atau rosak, itulah punca hon tidak berbunyi.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Laraskan Brek Dram Motosikal di Rumah

3. PERIKSA BOLT PLATINUM

Tidak hanya kabel, bolt platinum yang terletak di belakang hon juga boleh jadi punca. Posisi bolt yang berubah kerana penggunaan motor atau bengkok boleh menyebabkan hon tidak berbunyi. Jadi buka skru kunci dan pusingkan bolt dengan spanar supaya kembali semula pada posisi asal. Setkan bolt ketika menekan butang hon.

4. PERIKSA SUIS

Bahagian akhir harus diperiksa ialah kondisi suis hon pada hendal. Fungsi punat hon boleh terjejas jika ada kotoran atau karat. Cabut perumah punat daripada hendal motor dan bersihkan dengan kertas pasir halus atau cecair anti-karat.

BACA >>> Hong Leong Bank Tawar Pembiayaan Mudah untuk Kedai Motor PKS Bernilai RM5j

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: apa nak buat, apanakbuat, hon, hon motor, Hon Motosikal, Hon Tidak Bunyi, roda2, tip motosikal

Comments

  1. Ashraf says

    May 27, 2020 at 3:50 PM

    SAYA TA PAHAM DENGAN AYAT NIE, BOLEH TERANG KAN SIKIT DENGAN LEBIH TERPERINCI ?

    "Posisi bolt yang berubah kerana penggunaan motor atau bengkok boleh menyebabkan hon tidak berbunyi. Jadi buka skru kunci dan pusingkan bolt dengan spanar supaya kembali semula pada posisi asal. Setkan bolt ketika menekan butang hon"

    Reply
    • AO says

      May 29, 2020 at 11:18 AM

      Bolt ni pengikat skru untuk ketatkan unit hon. Make sure ketatkan dengan baik.

      Reply
  2. razali says

    July 15, 2020 at 12:07 PM

    kalau horn berbunyi sendiri semasa bawak motor rosak apa ye ?

    Reply
  3. Penn says

    August 12, 2020 at 4:04 PM

    HI...Selalu kedai caj berapa ye utk baiki hon ... Kalau tukar battery berapa ye

    Reply
  4. Adi jula says

    May 6, 2024 at 9:47 PM

    Itu kena panggil bomoh untuk scanning

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev