• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: 3 Punca Kenapa Motosikal Tidak Boleh Hidup Selepas Cuci

#TahukahAnda: 3 Punca Kenapa Motosikal Tidak Boleh Hidup Selepas Cuci

June 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN kereta saja, kebersihan motosikal pun perlu diambil berat. Rutin mencuci motosikal perlu kerap dilakukan, lebih-lebih lagi jika dijadikan pengangkutan harian. Ini kerana motosikal mempunyai banyak bahagian komponen yang terdedah kepada persekitaran.

Tetapi, jangan pula ambil mudah pasal hal mencuci motosikal. Asalkan siram saja.  Bimbang kalau selepas selesai cuci, motosikal boleh tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Naya...

Apakah perlu dibuat jika situasi tersebut benar-benar berlaku? Cuba periksa 3 komponen di bawah ini:

1. KARBURETOR

suis-tutup-minyak-motor
mangkuk-karburetor

Ketika mencuci, air mungkin termasuk ke dalam mangkuk karburetor. Komponen ini berfungsi menakung petrol yang akan disalurkan kepada venturi. Ia juga dijadikan penutup untuk melindungi komponen seperti pelampung dan main jet.

Kehadiran air semestinya akan menjejaskan operasi menghidupkan motor. Penyelesaian, cuba buka mangkuk karburetor, pastikan tiada air. Ttapi sebelum itu tutup dulu choke minyak untuk menyekat bekalan petrol.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Terus Cuci Motor Ketika Enjin Masih Panas?

2. SISTEM PENCUCUHAN

Bukan hanya palam pencucuh, bahagian elektrod palam pencucuh juga mungkin mengalami kelembapan akibat terkena air ketika dicuci. Selain pastikan ia kering, periksa juga status elektrik. Caranya, pasangkan palam pencucuh pada tempatnya dan sambungkan palam pencucuh pada blok atau kepala silinder.

Hidupkan motor guna penghidup penendang. Kalau ada percikan api keluar, maka elektrik daripada motor tidak bermasalah.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Cara Menunggang Pengaruhi Usia Palam Pencucuh?

3. SOKET PALAM PENCUCUH

kabel-palam-pencucuh
soket palam pencucuh

Soket palam pencucuh juga boleh bermasalah kerana air boleh masuk dengan mudah ke bahagian tersebut. Soket  ialah bahagian yang menghubungkan kabel palam pencucuh dengan palam pencucuh. Bagi membersihkannya, hanya perlu tanggalkan soket dan bersihkan dengan kain kering.

BACA >>> Allianz Motorcycle Plus Tawar Insurans Perlindungan untuk Motosikal Bawah 245cc

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cuci Motor, karburator, palam pencucuh, soket palam pencucuh, TahukahAnda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev