PADA Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, Yamaha memperkenalkan Niken GT, iaitu motosikal sport touring tiga roda yang menggunakan teknologi miring multiroda (LMW - Leaning Multi-Wheel). Namun model itu bukanlah satu-satunya motosikal tiga roda yang dipamerkan kerana Yamaha turut mendedahkan prototaip skuter LMW 300cc, dipanggil 3CT (baca: Tricity)
Terbaharu, kehadiran 3CT versi pengeluaran mungkin berlaku tidak lama lagi dengan pendedahan paten imej yang diperoleh daripada Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO). Jadi peminat sudah boleh membayangkan bagaimanakah rupa 3CT atas jalan nanti.
BACA >>> Young Machine Dedah Lakaran Yamaha Tricity 250, Lagi Jentera Roda Tiga Diperkenalkan
PENAMPILAN TIDAK BANYAK BERUBAH
Penampilan luaran 3CT hampir tidak berubah dengan rupa depan bentuk burung (ayam?). Jarak fork dan fairing depan cukup tinggi yang menampakkan mekanisme suspensi. Ini bagi memberikan ruang secukupnya untuk membelok.
Walaupun banyak garis tajam dapat dilihat pada badan, masih ada kemiripan pada skuter Yamaha lebih kecil, 125cc dan 155cc yang juga menggunakan teknologoi LMW. Selain visor pengadang angin tinggi, pelana tidak 'meriah', signal belok, signal belok belakang kombi, cermin sisi, fender dan cagak nombor plat, keseluruhan rekabentuk imej paten adalah hampir sama dengan model prototaip.
BACA >>> Yamaha Niken Menang 'Best of the Best' dalam Anugerah Red Dot 2019!
Versi prototaip menggunakan enjin Blue Core Yamaha 300cc (secara teknikal 292cc), iaitu trenkuasa sama yang ditawarkan pada Xmax 300 dengan kuasa 27.6hp @ 7,250rpm dan tork 29Nm @ 5,750rpm. Jadi 3CT dijangka menghasilkan kuasa sama, atau ditala lebih berkuasa.
Dapat dilihat pedal kecil pada lantai kanan untuk model prototaip, tetapi tiada penjelasan terperinci dimaklumkan Yamaha. Itu mungkin ciri bantuan kunci leher supaya skuter tiga roda ini kekal tegak apabila ditunggang, walaupun ketika berhenti.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Yamaha Blue Core?
Ini sama seperti ciri yang ada pada skuter Piaggio MP3, tetapi baru kali pertama disediakan Yamaha tiga roda. Menurut Yamaha, bantuan kunci leher 3CT berfungsi tanpa mengunci suspensi, tidak seperti MP3. Ini membuatkan skuter Yamaha ini lebih lancar, untuk operasi henti-mula
Tidak diketahui sama ada Yamaha akan mengekalkan nama 3CT, ataupun memilih nama baharu untuk versi pengeluaran nanti. Lagipun 3CT agak dekat dengan penjenamaan siri Tricity untuk model-model tiga roda Yamaha. Mungkin saja namanya 300 Tricity
BACA >>> Yamaha Niken: 7 Fakta Tentang Teknologi LMW, Tempahan Jepun Dibuka
GALERI
SUMBER: Motorcycle.com
Tg sham says
Price pls