Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»9 Pemenang Dapat Kereta Percuma Sempena Rai Jualan 900,000 Unit Honda Malaysia
Auto Terkini

9 Pemenang Dapat Kereta Percuma Sempena Rai Jualan 900,000 Unit Honda Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA meraikan pencapaian jualan ke-900,000 unit, Honda Malaysia menganjurkan karnival ‘Road to 900,000th Unit Milestone Campaign’ selama dua hari di Stadium Bukit Jalil (28 dan 29 September) dan menyerahkan sembilan unit kereta Honda kepada pemenang bertuah.

Sebelum ini dua pemenang Civic dan HR-V sudahpun diumumkan, manakala tujuh pemenang lagi diumumkan pada karnival di Bukit Jalil itu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya berbesar hati dengan sokongan diberikan pengguna Malaysia dan gembira dengan pencapaian  jualan 900,000 unit sejak ditubuhkan pada 2002.

BACA >>> Honda Malaysia Tawar 9 Model Percuma Sempena Kempen Jualan ke-900k Unit

Kempen ini istimewa kerana ini kali pertama Honda Malaysia bekerjasama dengan jenama popular tempatan seperti Astro Radio, Tealive dan Unifi untuk menyerahkan sembilan unit kereta. Sepanjang tempoh kempen, kami menerima maklum balas menggalakkan dan penyertaan aktif kalangan rakyat Malaysia.

“Lebih 122,000 penyertaan diterima dalam tempoh dua bulan! Saya ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan diberikan,” kata Ishiyama.

Berikut senarai pemenang bertuah ‘Road to 900,000th Unit Milestone Campaign’:

  1. Honda Civic – Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi
  2. Honda HR-V – Lim Hong Ngee
  3. Honda HR-V Hybrid – Nik Siti Nurhidayah Juhan
  4. Honda City – Yasmoon Osman
  5. Honda City Hybrid – Fong Yee Wern
  6. Honda Jazz – Ee Shi Lin
  7. Honda BR-V – Chester Lim
  8. Honda CR-V – Lim Hock Kuang
  9. Honda Accord – Muhamad Abdul Hadi Junus

HONDA CITY TERLARIS

Pencapaian unit jualan 900,000 adalah salah satu kejayaan dicapai Honda sejak beberapa tahun lalu bermula pelancaran model pemasangan tempatan (CKD) CR-V pada 2003.

Model CKD  menyumbang jualan terbanyak, iaitu 95 peratus, manakala model import (CBU) 5 peratus. Keseluruhannya, City menyumbang angka jualan tertinggi, iaitu 37 peratus, disusuli Civic (15 peratus) dan CR-V (11 peratus).

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

Disokong permintaan tinggi, Honda Malaysia membangunkan barisan pengeluaran kedua di kilang Pegoh, Melaka pada 2014 bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran. Buat masa ini Honda Malaysia memasang model Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, Civic, BR-V, HR-V, HR-V Hybrid, CR-V dan Accord.

Berdasarkan rekod jualan Januari-Ogos tahun ini, tiga model terlaris Honda ialah City (33 peratus), HR-V (18 peratus) dan CR-V (14 peratus).

000th Unit Milestone Campaign 1969 Honda Z50A Monkey Bike 9000th Unit Milestone Honda Auto Terkini Honda Honda Accord Honda BR-V Honda City Honda City Hybrid Honda Civic Honda CR-V Honda HR-V Honda HR-V Hybrid Kempen Road to 900 Toichi Ishiyama
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

16/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.