DIANGGARKAN 70 hingga 80 peratus kos penerbangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditanggung syarikat swasta bersempena lawatan rasmi ke lima negara berbeza.
Pendekatan itu dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau bagi memastikan perbelanjaan sepanjang lawatan berkenaan diuruskan secekap mungkin. Malah syarikat yang terlibat juga mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara ini.
Saya lihat kos perjalanan selalunya agak tinggi, jadi kali ini apa yang kita lakukan adalah dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz."
"Jadi maknanya kalau tak salah saya, sekitar 70, 80 peratus kos penerbangan ditanggung oleh syarikat yang ada kepentingan perniagaan dan pelaburan kerana kerajaan bantu syarikat ini sama ada import dan eksport."
Berikut antara syarikat-syarikat swasta yang terlibat:
- Petronas
- Sapura Energy
- Yinson
- Proton
- Syarikat semikonduktor (jenama tidak dinayatakan)
Lawatan selama 11 hari itu telah bermula pada 9 hingga 19 November lalu dengan melibatkan negara-negara seperti Mesir, Arab Saudi, Peru, dan Brazil.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply