Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»7 Fakta Pantas: BMW F900XR, F900R (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM63k
Roda2

7 Fakta Pantas: BMW F900XR, F900R (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM63k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA tidak perlu menunggu lama untuk membawa masuk dua model yang pertama debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019. Tahun lalu kami berkesempatan melihat lebih dekat model tersebut di Itali dan kini  dua model middleweight baharu BMW Motorrad, F900XR (sport-tourer) dan F900R (naked) sudah tiba di bilik pameran tempatan.

Asalnya, rekabentuk kedua-dua model itu pernah didedahkan pada model konsep, BMW Concept 9Cento, 2018 dan direalisasikan BMW Motorrad dalam bentuk jentera pengeluaran tahun lalu. Kehadiran dua model itu tentunya mengukuhkan portfolio motosikal middleweight BMW Motorrad Malaysia.

BACA >>> #EICMA2019: Middleweight Ekor Kontot, BMW F900XR dan F900R (2020) Debut

1. F900XR dan F900R berkongsi enjin sama 895cc berkuasa 105hp @ 8,750rpm, dan tork 92Nm @ 6,500 rpm dengan kotak gear 6-kelajuan. Enjin itu, yang dipertingkat daripada 853cc kepada 895cc, menyumbang kepada penambahan nisbah mampatan daripada 12.7:1 kepada 13.1:1. Aci engkol memiliki ofset 90º yang ditala 270° dan 450° untuk menghasilkan bunyi sama seperti enjin 90º V-Twin.

2. Berikut harga jualan dua model tersebut (tanpa insurans):

  • F900R – RM62,500
  • F900XR – RM69,500

Menerusi pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, pembayaran bayaran F900R bermula RM770 dan BMW F900XR (RM850). Angka dinyatakan itu berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh 4 tahun.

BACA >>> Kawasaki Z900 (2020) Kini dengan Lima Warna Baharu

BMW F900XR
BMW F900R

3. F900XR menawarkan tunggangan lebih tegak dan panel badan yang disesuaikan untuk perjalanan jauh termasuk penghadang angin depan boleh laras. Sementara itu, panel badan F900R lebih minimum dan bahagian belakang yang lebih ramping. Kedua-duanya menggunakan tangki bahan api plastik dengan kapasiti 13 liter (F900) dan 15.5 liter (F900XR).

Lampu depan BMW F900XR
Lampau depan BMW F900R

4. Lampu depan mengguna teknologi LED sebagai standard yang mengoptimumkan pencahayaan lampu rendah dan tinggi. Bagi keselamatan tunggangan malam, lampu belok adaptif memberikan pencahayaan tambahan di selekoh dan turut ada opsyen Headlight Pro. 

BACA >>> Sport Touring Yamaha Tracer 900 GT Lancar, Harga RM58,888

Suspensi BMW F900XR
Suspensi BMW F900R

5. Keselesaan tunggangan dibantu fork teleskopik terbalik (USD) di depan dan dwi swingarm dengan monoshock (belakang). F900R memiliki travel 135mm, manakala F900XR lebih panjang, 170mm. Saiz travel belakang pula 142mm (F900R) dan 172mm (F900XR).

Kluster instrumen BMW F900R

 

6. Tawaran BMW Motorrad Connectivity diberikan standard untuk dua model itu yang dipadankan dengan kluster instrumen multifungsi dan skrin TFT 6.5 inci berwarna penuh. BMW Motorrad Multi-Controller pada hendal kiri memudahkan akses kepada capaian maklumat seperti telefon, muzik atau navigasi.

7. Penunggang boleh memilih mod tunggangan Rain dan Road. Opsyen Riding Modes Pro menawarkan mod tunggangan tambahan seperti Dynamic dan Dynamic Pro berserta Kawalan Tork Dinamik (DTC), ABS Pro, Kawalan Brek Dinamik (DBC) dan kawalan tork drag enjin (MSR).

BACA >>> Triumph Tiger 900 (2020) Serba Baharu Akan Muncul dalam Filem Baharu James Bond

GALERI
BMW F900XR
Suspensi BMW F900XR
BMW F900XR
Lampu depan BMW F900XR
BMW F900R
Suspensi BMW F900R
BMW F900R
Lampau depan BMW F900R
BMW BMW F900R BMW F900XR BMW Motorrad BMW Motorrad Malaysia Naked naked bike roda2 tourer
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.