SELISIH faham tentang tempat parkir sehingga cedera patah tulang belakang.
Insiden dilaporkan membabitkan dua warga emas, masing-masing 65 tahun dan 85 tahun, di tempat letak kenderaan di depan sebuah pasar raya di Masjid Tanah, Melaka kira-kira jam 10.30 pagi Ahad lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, lelaki warga emas 65 tahun ditahan polis selepas didakwa menolak seorang warga emas lain hingga terjatuh dan patah tulang belakang.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata;
Difahamkan mangsa menunggu di dalam kereta dengan cara membuat parkir bertindih. Tindakan itu dipercayai dilakukan untuk menghalang suspek keluar dari petak parkir dan menyebabkan berlaku insiden salah faham."
Beliau menjelaskan suspek didakwa menggunakan tangan dan menolak mangsa dengan kuat sehingga terlentang atas jalan dan mengalami kecederaan patah tulang belakang.
Siasatan membawa kepada penahanan suspek pada hari sama dan direman dua hari. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Leave a Reply