CERITA modifikasi kali ini diteruskan dengan penampilan sebuah Proton Wira yang bertukar wajah menjadi jentera berkuasa tinggi, Mitsubishi Evo III.
Empunya jentera, Pandi Hashim menyatakan hampir keseluruhan bahagian digantikan dengan barangan daripada Mitsubishi Evo III.
Bermula dari ruangan prestasi, enjin 4G63T dari Mitsubishi Evo III digantikan bagi menjalankan tugas enjin asal Proton wira.
Sistem pengambilan udara enjin juga dipertingkatkan menerusi penggunaan manifold jenis 4-stack. Bahagian saluran bahan bakar pula, Fuel Regulator dari jenama Aerospeed digunakan.
Untuk konsistensi penjanaan bahan api pula, kabel Plug dari Blitz digunakan manakala satu set penuh HKS dipilih untuk menggantikan Cam pulley milik 4G63T asal.
Bagi pengecas turbo enjin, ia dipadankan dengan TD05 bersama-sama blow-off dari GReddy dan Wastegate Turbosmart.
Melihat luaran pula, hampir keseluruhan sosok badannya dipadankan dengan bodykit Evo III. Walau bagaimana, lampu utama masih mengekalkan yang sedia ada.
Antara keunikan lain ada pada jentera ini adalah penggunaan cermin MMC dari Evo III beserta penambahan Sunroof dan cermin sisi yang dibina khas menggunakan bahan gentian karbon.
Lebih tampak garang, tugasan ruangan roda diserahkan kepada tayar bersaiz 201/50R16 di bahagian belakang dan 205/55R16 di bahagian belakang, kemudian disalutkan pada rim Advan Racing 16 inci 5-lubang.
Memasuki perut kabin, kebanyakannya diubah menjadi Evo III termasuklah karpet, papan pemuka dan juga tempat duduk. Stereng yang digunakan adalah dari NARDI jenis 3 spoke dipadankan dengan tombol gear dari Ralliart.
Pada bahagian elektronik, pemilik meletakkan beberapa meter pemantauan bagi memudahkan pengawalan keadaan jentera. Antaranya, meter boost dari Apexi, Pivot meter 3 bekembar (water temperature, oil pressure, dan speed meter) dan pengawal boost dari jenama Blitz jenis Twin Selenoid.
Jika anda pemilik Proton Wira dan mahukan pengubahsuaian sebegini, bengkel Pendek ANZ Auto mungkin boleh membantu!
Foto: Khyroll Adzham
Proton Wira
ENJIN 4G63T Evo 3
MODIFIKASI ENJIN 4 stack intake manifold, Blow off GREDDY, wastegate Turbosmart, Turbo TD05, Cam Pulley HKS, Fuel Regulator Aerospeed, SARD Fuel Rail, SARD Air Filter, Plug Calble Blitz, Stainless Steel Piping Intercooler.
TRANSMISI Gearbox Evo 3, Klac 3 Kaki
ELEKTRONIK Boost meter Apexi, Pivot Meter (Water temp., Oil pressure, Speed Meter), Turbo timer Blitz, Meter Evo 3 (9,000 rpm), Panasonic Double Din Japan, Boost Controler Blitz Twin Selenoid.
SUSPENSI & CASIS Adjustable Absorber
SISTEM BREK Standard Evo 3
RODA Rim Advan Racing 16” 5 hole, Tayar Depan 205/50R16, Tayar Belakang 205/55R16.
DALAMAN Evo 3 (karpet,dashboard,seat), Stereng NARDI 3 Spoke, Ralliart gear knob, Tray Burger.
LUARAN Bodykit Evo 3, Cermin Evo 3, Sunroof , Cermin Sisi Gentian Karbon.
BENGKEL & TUNER Pendek ANZ Auto.
Dinesh Nair says
Berapa kalau nak tukar dashboard evo3 untuk wira?? Including meter