PADA 1997, Volvo Cars memperkenalkan model Cross Country yang pertama. Model 'merentas desa' itu asalnya sebuah wagon dan dinamakan V70 XC atau Cross Country.
Konsep kenderaan tahan lasak dan sesuai untuk semua cuaca adalah teras jenama Volvo. Tradisi Cross Country diteruskan sehingga ke model seterusnya.
Pengguna tempatan turut berpeluang merasai model ini. Selain V70, turut ditawarkan versi hatchback iaitu V40 Cross Country.
Legasi varian tinggi terus bersambung dengan pengenalan Volvo EX30 Cross Country baharu. Semasa EX30 diperkenalkan pada Jun 2023, Volvo turut berkongsi gambar dan spesifikasi awal model ini.
Seperti V70 yang merasmikan Cross Country lebih dua dekad lalu, EX30 pula menjadi kenderaan elektrik (EV) Cross Country Volvo yang pertama.
EX30 mempunyai dua jenis varian iaitu motor tunggal dan dua motor. Pastinya EX30 Cross Country menggunakan versi dua motor atau Twin Motor Performance untuk pacuan semua roda (AWD).
Trenkuasa elektrik menghasilkan 315 kW (428 hp) dan 543 Nm. Pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya mengambil masa 3.7 saat.
Jarak pemanduan sehingga 427 km, manakala pengecasan bateri NMC 69 kWh dari 10 hingga 80% dengan pengecas pantas mengambil masa 26 minit.
Dari segi rekaan, selain pendakap lingkungan roda, EX30 Cross Country unik dengan panel jeriji depan yang memaparkan lukisan unik banjaran gunung Kebnekaise di Sweden Artik.
Rak bumbung ditawarkan sebagai pilihan untuk tambahan muatan selain ruang bagasi 318 liter.
Aksesori itu merupakan sebahagian daripada pakej Cross Country Experience, termasuk tayar semua permukaan 18 inci dan pelbagai lagi.
Sebagai sebuah Cross Country, tinggi badan bertambah untuk melalui laluan yang lebih lasak. Ruang dalaman dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan.
Dimensi EX30 Cross Country vs. EX30 Ultra
Ketinggian:
- Cross Country: 1,567 mm.
- Ultra: 1,550 mm. (+17 mm lebih tinggi).
Lebar:
- Cross Country: 1,850 mm.
- Ultra: 1,838 mm. (+12 mm lebih lebar).
Panjang:
- 4,233 mm.
Lebar (termasuk cermin sisi):
- Cross Country: 2,040 mm.
- Ultra: 2,032 mm.
Jarak Roda:
- 2,650 mm.
Lebar Trek Hadapan & Belakang:
- Hadapan: 1,590 mm.
- Belakang: 1,595 mm.
Ciri Dalaman EX30 Cross Country
- Reka bentuk dalaman yang praktikal dengan teknologi pintar, ruang penyimpanan, dan reka bentuk dari EX30 asal.
- Ruang penyimpanan besar dengan pembesar suara pintu dialihkan ke papan pemuka.
Ruang Penyimpanan Tengah:
- Boleh ditarik keluar sebagai pemegang cawan.
- Boleh ditolak ke belakang untuk lebih banyak ruang penyimpanan.
Ruang Penyimpanan Tambahan:
- Kompartmen besar di lantai antara pemandu dan penumpang.
- Kotak sarung tangan diletakkan di bawah konsol tengah untuk akses mudah.
Ruang Simpanan Penumpang Belakang:
- Kotak penyimpanan boleh ditarik keluar dari ruang simpanan tengah.
- Boleh ditanggalkan dan dibasuh, juga boleh digunakan sebagai tong sampah.
Penutup But:
- Dilengkapi panduan ‘Will it fit?’ untuk menganggarkan ruang muatan.
Trenkuasa EX30 Cross Country dan EX30 Ultra
Bateri & Pengecasan
- Bateri: 69 kWh.
- Pengecas terbina dalam (OBC): 22 kW.
- Pengecasan rumah (0-100% 11kW AC): 8 jam.
Prestasi
- Pecutan (0-100 km/h):
- Cross Country: 3.7 s.
- Ultra: 3.6 s.
- Kelajuan Maksimum:
- Cross Country: Tidak dinyatakan.
- Ultra: 180 km/h.
- Kuasa Maksimum:
- 428 hp (315 kW).
- Tork Maksimum:
- 543 Nm.
Penggunaan Tenaga & Jarak Elektrik
- Penggunaan tenaga total (WLTP):
- Cross Country: 18.7 kWh/100 km.
- Ultra: 17.5 kWh/100 km. (lebih cekap).
- Jarak elektrik (gabungan):
- Cross Country: Sehingga 427 km.
- Ultra: Sehingga 450 km.
- Jarak elektrik (bandar):
- Cross Country: Sehingga 574 km.
- Ultra: Sehingga 590 km.
- Penggunaan tenaga bandar (WLTP):
- Cross Country: 13.9 kWh/100 km.
- Ultra: 13.5 kWh/100 km. (lebih cekap).
![](https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2025/02/Volvo-EX30-Cross-Country-2026.20.jpg)
Untuk pasaran terpilih, tempahan Volvo EX30 Cross Country sudah dibuka dan penghantaran bermula musim bunga ini (Mac - Jun).
Bagi pasaran tempatan, EX30 Cross Country mempunyai potensi, mengambil kira penawaran V40 Cross Country sebelum ini. Namun, Volvo baru sahaja melancarkan EX30 pemasangan tempatan (CKD) pada 6 Januari lalu.
Leave a Reply