• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Golf R-Line, Golf GTI Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM249k

Volkswagen Golf R-Line, Golf GTI Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM249k

December 8, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

VPCM lancar Volkswagen Golf GTI dan Golf R-Line

WAKIL pengedar rasmi kenderaan Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini merasmikan Volkswagen Golf R-Line dan Golf GTI baharu.

Volkswagen Golf R-Line kini dibuka untuk pratonton, manakala Golf GTI dilancarkan pada harga RM255,990, termasuk Volkswagen Assurance Package.

Dalam masa terhad, 50 unit pertama boleh dimiliki pada harga eksklusif RM249,990 dengan pendaftaran sebelum 31 Disember 2025.

Golf R-Line - Sporty Harian Sentuhan R

Volkswagen Golf R-Line

Volkswagen Golf R-Line diilhamkan daripada model prestasi Volkswagen R, sebagai pilihan kepada mereka yang mahukan gaya sporty tanpa mengorbankan keselesaan harian.

Di bawah bonet dikuasakan enjin 1.5 eTSI MHEV turbo berkuasa 150ps, dan tork 250Nm, serta dipadankan transmisi dual-klac DSG 7-kelajuan, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 8.6 saat.

Penggunaan bahan api pula serendah 5.2 liter per 100km dengan rekabentuk luaran menampilkan:

Volkswagen Golf R-Line
Volkswagen Golf R-Line
  • Bampar depan dan belakang R-Line
  • Paip ekzos krom kembar
  • Skirt sisi sporty
  • Rim aloi Coventry 17 inci

Bahagian dalaman pula menerima sentuhan sporty seperti:

  • Pelapik bumbung hitam R-Line
  • Stereng R-Line dengan butang fizikal
  • Kemasan Carbon Grey
  • Kerusi fabrik R-Line dan kemasan Artvelours

Golf GTI - Hot-Hatch Ikonik dengan Kuasa Tambahan

Volkswagen Golf GTI

Volkswagen Golf GTI generasi terbaharu terus mempertahankan DNA hot-hatch yang mengujakan dengan tanbahan kuasa kepada 265ps, iaitu 20ps lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Trenkuasa itu digandingkan bersama transmisi automatik dual-klac DSG 7-kelajuan, dengan mengekalkan karakter GTI yang agresif dan responsif.

Ciri Utama GTI

Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf GTI
  • Bampar depan GTI dengan gril sarang lebah ikonik
  • Paip ekzos krom kembar
  • Skirt sisi GTI
  • Rim Richmond 18 inci
  • Kerusi kulit Vienna sporty
  • Kemasan Black Metal Chrome
  • Sistem audio Harman Kardon 480W dengan sembilan pembesar suara dan  subwufer
  • Paparan dongak (HUD)

Rekabentuk Luaran Lebih Aero, Moden

Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf GTI

Dipasang di kilang Volkswagen Pekan, Pahang, kedua-dua model itu menerima elemen aerodinamik dipertingkat, termasuk panel bawah badan baharu.

Kemas Kini Luaran

  • Logo VW bercahaya yang pertama pada model Volkswagen di Malaysia
  • Lampu depan LED direka semula dengan varian tertinggi mendapat- IQ.LIGHT LED Matrix
  • Lampu belakang IQ.LIGHT 3D LED dengan animasi
  • Rekabentuk keseluruhan kini lebih ekspresif, moden dan agresif

Rekabentuk Dalaman Digital Penuh

Volkswagen Golf R-Line
Volkswagen Golf GTI

Kedua-dua model menawarkan kabin digital sepenuhnya, dan dipertingkat dengan ciri intuitif terkini:

  • Unit infotainmen 12.9 inci MIB4 dengan navigasi terbina dalam
  • Kabin Digital Cockpit Pro 10 inci dengan tiga paparan pilihan
  • Bantuan suara IDA dipertingkat (voice enhancer)
  • Stereng sport dengan butang fizikal dan pedal syif
  • Penyaman udara Air Care Climatronic 3-zon
  • Konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto
  • Pengecas wayarles
  • Kawalan sentuh iluminasi untuk penyaman udara (HVAC) dan sistem audio

Ciri Keselamatan IQ.Drive

VPCM lancar Volkswagen Golf GTI dan Golf R-Line

Teknologi IQ.DRIVE memberikan pemanduan lebih selamat dan yakin menerusi:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Pemantau Pejalan Kaki
  • Bantuan Travel (TA) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Trafik Belakang (RTA) dan Amaran Keluar
  • Kawalan Jarak Parkir (PDC) depan dan belakang
  • Pengesan Perhatian Pemansu (DAD)
  • Bantuan Kecemasan (EA), Bantuan Sisi (SA) dan Bantuan Lorong (LA)

Pilihan Warna, Pakej Waranti

Kedua-dua model ditawarkan dalam pilihan lima warna, iaitu:

  • Oryx White (putih)
  • Moonstone Grey (kelabu)
  • Grenadilla Black (hitam)
  • Kings Red (merah)
  • Anemone Blue (biru)

Setiap pembelian disertakan bersama pakej jaminan Volkswagen Assurance Package (VAP):

  • 5 tahun penyenggaraan percuma
  • 5 tahun waranti tanpa had perbatuan
  • 5 tahun bantuan tepi jalan
Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf GTI
Volkswagen Golf R-Line
Volkswagen Golf R-Line
Volkswagen Golf R-Line
Volkswagen Golf R-Line
Volkswagen Golf R-Line
Volkswagen Golf R-Line
Volkswagen Golf R-Line
Volkswagen Golf R-Line

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hatchback, hot-hatch, Volkswagen Golf GTI, Volkswagen Golf R-Line, Volkswagen Hatchback, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
    #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
  • Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil
    Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my