TESLA dan Stellantis memintas Ford untuk menjadi jenama paling bertanggungjawab melakukan panggil balik (recall) terbanyak di Amerika Syarikat (AS) sepanjang 2024.
Sebelum ini, Ford, termasuk jenama Lincon memegang ranking nombor satu sebagai jenama paling banyak membuat panggil balik selama tiga tahun berturut-turut sejak 2021.
Ford sebenarnya hampir mencatat rekod tahun keempat panggilan balik tertinggi, tetapi Tesla dan Stellantis memintas pengeluar itu pada musim panas atau penggal kedua 2024.
Tesla menduduki senarai teratas selepas mengeluarkan 15 notis panggil balik melibatkan 5.1 juta unit kenderaan elektrik (EV) jenama itu walaupun sebilangan kempen baik pulih boleh dibuat secara OTA.
Stellantis (termasuk jenama Chrysler, Dodge, Jeep, Ram dan Fiat) melakukan panggil balik tertinggi, iaitu 67 notis disusuli Ford (62 notis).
Tesla menduduki ranking pertama berdasarkan jumlah kenderaan dipanggil balik, termasuk pengumuman terbaharu berhubung sistem pemantau tekanan tayar (TPMS) melibatkan 700,000 unit Model 3, Model Y dan Cybertruck,
RANKING, JUMLAH KENDERAAN DIPANGGIL BALIK
- Tesla: lebih 5.1 juta unit
- Stellantis: lebih 4.7 juta unit
- Ford: lebih 4.3 juta unit
- Honda (termasuk Acura): hampir 3.8 juta unit
- GM (termasuk jenama Buick, Cadillac, Chevrolet dan GMC): 1.9 juta unit
- BMW: 1.8 juta unit
- Toyota (termasuk Lexus): 1.22 juta unit
- Kia: 1.21 juta unit
- Hyundai (termasuk Genesis): 1.11 juta unit
- Volkswagen (termasuk Audi): 1.09 juta unit
Bagaimanapun, ranking mungkin berubah kerana 2024 masih berbaki seminggu kerana mana-mana pengeluar masih ada peluang mengumumkan panggil balik sebelum 31 Disember ini. Berikut senarai penuh panggil balik dan unit terjejas di AS setakat ini:
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply