SYARIKAT gergasi pengeluar kereta di Jepun, Toyota telah berjaya mencipta ketuhar batu berkuasa hidrogen pertama di dunia hasil kerjasama dengan syarikat pekakasan gas, Rinnai bersempena Pameran Mobiliti Jepun.
Sepanjang pameran berlangsung, kebanyakan pengunjung yang hadir terutamanya dalam kalangan kanak-kanak telah dihidangkan makanan seperti pizza dan croissant yang dibakar menggunakan ketuhar hidrogen itu.
Pihak Toyota juga menjelaskan bahawa hidrogen mempunyai suhu pembakaran tinggi dan membantu memasak lebih laju malah hidangan juga akan dimasak sempurna apabila terkena wap yang terhasil daripada gabungan oksigen.
Hasil kejayaan ini turut mendorong kepada penghasilan produk tambahan seperti periuk, gril, dan kamado berkuasa hidrogen yang kemudiannya digunakan dalam pelbagai aktiviti sukan permotoran yang disokong oleh Toyota.
Berikut antara produk makanan yang dibuat oleh jenama kereta lain:
- Sosej Currywurst (Volkswagen)
- Madu (Bentley)
- Pengisar Lada (Peugeot)
Sementara itu, pihak Toyota juga mengakui bahawa harga penggunaan hidrogen dalam sesuatu produk adalah sangat tinggi termasuk kereta hidrogen, model Toyota Mirai yang dianggap tidak berjaya darisegi jualan dan permintaan orang awam.
Bagaimanapun, kegagalan itu tidak memusnahkan harapan mereka untuk menghasilkan prototaip GR Yaris H2 dan GR Corolla H2.
Pada masa ini, Toyota dan BMW sahaja yang percaya bahawa kenderaan bahan api hidrogen mampu bersaing dalam industri automotif akan datang.
SUMBER: motor1
Leave a Reply