SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd (SAIC Motor) secara rasmi melancarkan sedan segmen-B baharu, MG5 yang akan diimport dari Thailand dengan menawarkan harga RM93,900.
Sempena ulang tahun MG yang ke-100, pelanggan juga dapat menikmati rebat sehingga RM7,000 untuk pembelian sedan baharu ini. Harga pembelian selepas rebat bernilai RM86,900.
Bagi pasaran Malaysia terdapat lima pilihan warna yang ditawarkan seperti berikut:
- Nuclear Yellow (kuning)
- Dynamic Red (merak)
- Arctic White (putih)
- Black Pearl (hitam)
- Camden Grey (kelabu)
Trenkuasa
- Dijana enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.5L DOHC dengan injap variabe DVVT dengan output kuasa 114ps (111hp) @ 6,000rpm dan tork 150Nm @ 4,500rpm.
- Transmisi automatik iCVT 8-kelajuan.
- Sistem suspensi strut MacPherson dengan bar stabiliser di depan, dan torsion beam (belakang).
- Rim aloi Tomahawk 17 inci.
Spesifikasi Luaran
- Memiliki dimensi panjang 4,675mm, lebar 1,842mm dan tinggi 1,480mm, manakala jarak roda 2,680mm.
- Gaya badan coupe fastback sporty
- Rekabentuk gril depan 3D agresif dengan lampu LED penuh pada lampu utama automatik dan lampu siang (DRL) dan lampu belakang.
- Cermin sisi boleh laras elektrik dengan indikator signal belok.
- Ada bumbung suria panoramik.
Spesifikasi Dalaman
- Uphoslteri kulit hitam dengan aksen merah.
- Ruang kabin luas fokus-pemandu dan stereng tiga jejari dengan kawalan audio bersepadu.
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan dengan sokongan lumbar, dan kerusi penumpang sebelah boleh laras manual.
- Penyaman udara digital zon tunggal dengan penapis udara PM2.5 di depan, dan ada corong penyaman udara di belakang.
- Ciri kawalan jelajah
- Unit infotainment skrin sentuh jenis apung 10.25 inci dengan kamera pandang keliling 360º, termasuk konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Kluster instrumen LCD digital penuh 7 inci.
- Ada enam pembesar suara dan tiga port USB.
Ciri Keselamatan
- Dilengkapi sistem bantuan pemandu MG PILOT seperti: Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Pengesan Titik Buta (BSD), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
- Ciri keselamatan standard diberikan terdiri daripada enam beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Program Stabiliti Elektronik (ESP) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Traksi dan Brek Belokan (TCBC).
- Ada ciri kawalan jelajah.
Setiap pembelian MG5 dipakejkan dengan waranti menyeluruh, iaitu waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu), dan waranti trenkuasa (enjin dan transmisi) tujuh tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu).
Leave a Reply