SIRI Porsche 911 kini bertambah dengan kehadiran Carrera S baharu. Dibekalkan enjin 3.0 liter turbo boxer dengan tambahan kuasa dan kelengkapan standard baharu, model ini diletakkan di antara 911 Carrera dan 911 Carrera GTS.
Dengan prestasi dan dinamika pemanduan yang dipertingkat, Carrera S berbeza berbanding model sebelum ini.
Enjin 3.0 liter turbo berkembar enam silinder kini menghasilkan 480 ps dan 530Nm atau bertambah 30 ps daripada dahulu. Di antara penyumbang adalah pengecas turbo baharu.
Pecutan Carrera S Coupé dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 3.3 saat dan kelajuan maksimum mencecah 308 km/j. Angka-angka ini menunjukkan keseriusan Porsche untuk terus mengangkat 911 Carrera S.
Kotak gear klac berkembar PDK lapan kelajuan menghantar kuasa kepada roda yang bermakna tiada kotak gear manual tujuh kelajuan seperti Carrera S sebelum ini.
Dari segi penampilan, rekaan 911 Carrera S berasaskan 911 Turbo generasi terdahulu.
Kelengkapan standard terdiri daripada rim 20 dan 21 inci, ekzos sport dengan muncung perak dan Porsche Torque Vectoring Plus (PTV+) yang tiada pada Carrera.
Sistem brek baharu mempunyai prestasi lebih baik dan diambil atau sama seperti 911 Carrera GTS. Kaliper merah dipadan bersama cakera 408 milimeter (mm) di depan dan 380 mm di belakang.
Set standard boleh diganti jika pelanggan memesan brek seramik Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB).
Pelanggan juga boleh memesan suspensi sport PASM yang merendahkan badan kereta sebanyak 10 mm dan sistem pembelokan roda belakang.
Perubahan dibuat pada perkakasan penyerap hentak berbanding model dahulu dan memberikan daya pemanduan dan tindak balas lebih tinggi.
Stereng dengan pembelokan belakang kini lebih berhubung (direct) dan kinematik gandar depan telah dilaras untuk pemanduan lebih lincah dan langsung dan pada masa sama meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Bahagian dalam kereta dibalut kulit hitam. Kerusi, penyandar kepada, panel pintu dan kerusi belakang (pilihan) dibalut kulit kemasan licin.
Sama seperti model Carrera lain, kerusi belakang boleh lipat ditawarkan tanpa kos tambahan dan pilihan kepada dua kerusi yang merupakan kelengkapan standard. Model Cabriolet dibekalkan kerusi belakang.
Banyak lagi pilihan yang boleh dipesan pelanggan seperti tambahan balutan kulit, sistem angkatan gandar depan, lampu besar HD-Matrix LED (Matrix LED lampu standard) dan pakej Sport Chrono termasuk aplikasi Porsche Track Precision untuk hari litar.
Kedua-dua Carrera S Coupé dan Cabriolet sudah tersedia untuk dipesan pelanggan di Eropah. Sebagai imbasan, pasaran tempatan ditawarkan juga Carrera S pada 2019 dengan harga lebih RM1.1 juta.
Leave a Reply