PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Petroleum Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berpotensi saling menyokong dalam usaha memajukan industri minyak dan gas negara ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan Petronas harus diiktiraf sebagai entiti nasional yang perlu mematuhi semua kewajipan kontraknya tanpa sebarang kompromi.
Pada masa sama, beliau menekankan Petronas perlu memberi sokongan kepada Petros supaya dapat berkembang menjadi antara pemain utama industri.
Petronas perlu memberi sokongan kepada Petros untuk membolehkan syarikat tersebut menjadi pemain penting dalam industri minyak dan gas."
Beliau juga berkongsi perbincangan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berjalan baik. Kedua-dua pihak bersetuju mencari penyelesaian terbaik mengenai isu pengagihan gas antara Petronas dan Petros.
Pada 12 Disember lalu, Anwar mengesahkan rundingan antara kedua-dua syarikat sudah selesai, dan Kerajaan kini sedang meneliti butiran serta implikasi keputusan tersebut.
Saya sudah berbincang dengan Abang Johari dan kami mencapai kata sepakat."
Sebelum itu, Abang Johari berkata, keputusan mengenai formula pengagihan gas terletak di tangan Perdana Menteri dan isu ini boleh dianggap selesai buat masa sekarang sementara menunggu pengumuman rasmi daripada Anwar.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply