PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson terpaksa dikejarkan ke hospital malam tadi selepas didapati mengalami simptom Covid-19 berulang. Beliau akan menjalani beberapa ujian kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga atas nasihat doktor.

Johnson, 55, dimasukkan ke hospital di London, yang dirahsiakan nama, selepas 10 hari disahkan positif Covid-19 dan sebelum itu sudah mengasingkan diri dalam pangsapuri Number 11 Downing Street. Beliau menerusi perkongsian video dalam laman Twitter Jumaat lalu mendakwa dirinya masih demam panas.

BACA >>> Covid-19: PM Britain Umum Perketat Perintah Berkurung, Suruh Duduk Rumah 3 Minggu!

Walaupun sakit, beliau masih kekal menerajui pentadbiran Kerajaan Britain yang sedang berusaha keras menangani krisis penularan wabak Covid-19 dengan jumlah kematian mencecah 4,934 orang semalam. Jurucakap Downing Street berkata:

Atas nasihat doktor, Perdana Menteri malam ini (semalam) dimasukkan ke hospital untuk ujian.

“Ini langkah berjaga-jaga ketika Perdana Menteri masih mempunyai simptom berulang-ulang Covid-19 selepas 10 hari didapati positif virus itu.”

Johnson menunjukkan simptom berterusan Covid-19 seperti batuk dan demam panas. Malah, tunangnya yang sarat hamil, Carrie Symonds juga dikuarantinkan dalam pangsapuri sendiri di London apabila turut menunjukkan simptom dijangkiti wabak berkenaan.

SUMBER: DailyMail

Leave A Reply

Exit mobile version