SEORANG peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia', Ili Aiman Abd Rahman, 38, dari Brunei maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
Ketua Polis Daerah Bera, Supt Zulkiflee Nazir berkata, kejadian berlaku sekitar 11 pagi ketika mangsa menyertai konvoi yang melibatkan 25 peserta dari Brunei dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tasik Bera.
Kemalangan berlaku ketika Ili Aiman menunggang motosikal jenis Honda Rebel 500 dari bandar Kerayong ke Mayam.
Setibanya di selekoh, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan, memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori. Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia pada 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan di Hospital Bera.
Pemandu dan kelindan lori, masing-masing berusia 28 dan 40 tahun, mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply