NISSAN disambut baik di Timur Tengah dan tidak menghairankan apabila Kicks generasi kedua sudah memasuki pasaran sana.
Untuk makluman Kicks generasi kedua yang terlebih dahulu diperkenal di Amerika Syarikat tidak menggunakan rangkaian kuasa e-Power seperti Kicks pasaran tempatan.
Kini Kicks generasi pertama dan kedua dijual secara serentak di pasaran berbeza.
Untuk Kicks generasi kedua, Nissan mengambil pendekatan rekabentuk berbeza, lihat bahagian depan dengan garis melintang yang mendominasi berbanding Kicks sedia ada.
Kicks baharu berukuran panjang 4,366 milimeter (mm), lebar 1,800 mm dan tinggi 1,630 mm (pasaran AS) atau setara Proton X50.
Kicks model kedua dilancarkan di Timur Tengah di bawah The Arc, Pelan Perniagaan Global Nissan, selepas pelancaran Nissan Patrol baharu dan sebahagian daripada rancangan lima model baharu di rantau ini menjelang Tahun Fiskal 2026.
Prestasi & Kecekapan
- Dikuasakan oleh enjin 2.0-liter empat silinder sebaris dengan 142 hp dan 190 Nm tork, dipadankan dengan transmisi Xtronic CVT generasi terbaru.
- Rekaan bawah badan rata sepenuhnya untuk aerodinamik yang lebih baik.
- Sistem EGR (Cooled Exhaust Gas Recirculation) untuk mengurangkan suhu pembakaran, meningkatkan kecekapan bahan api, dan mengurangkan pelepasan karbon.
Rekabentuk & Luaran
- Lebih panjang, tinggi, dan lebar berbanding model sebelumnya, memberikan penampilan lebih dominan di jalan raya.
- Lampu utama LED projektor yang langsing dan lampu nyalaan siang (DRL) LED yang juga berfungsi sebagai lampu isyarat berwarna amber.
- Roda aloi 19-inci dengan reka bentuk panel sisi diinspirasikan daripada tapak kasut sukan (sneaker), memberikan tekstur dan tarikan visual yang unik.
- Fender belakang lebar, lampu belakang LED bersambung dan terpisah.
- 15 pilihan warna luaran, termasuk 6 pilihan dwi-tona.
Ruang Dalaman & Keselesaan
- Kabinnya lebih luas, memberikan lebih banyak ruang bahu dan ruang lutut kepada penumpang depan dan belakang.
- Bumbung suria panorama menambah pencahayaan semula jadi, dengan reka bentuk baharu yang tidak mengganggu ruang kepala dan mengurangkan bunyi angin.
- Kerusi Zero Gravity™ di kedua-dua barisan membantu mengagihkan berat badan secara sekata, meningkatkan keselesaan dan mengurangkan keletihan.
Teknologi & Kesalinghubungan
- Paparan dwi 12.3 inci yang memberikan kejelasan tinggi serta dua mod paparan.
- Sambungan tanpa wayar Apple CarPlay® dan Android Auto™.
- Sistem audio Bose® Personal Plus 10 pembesar suara, dengan pembesar suara di bahagian kepala pemandu dan penumpang.
- 2 port USB Type-C.
Ciri Keselamatan & Bantuan Pemandu
- ProPILOT diperkenalkan buat pertama kali pada model KICKS.
- Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesanan Pejalan Kaki
- Brek Automatik Belakang
- Intervensi Titik Buta (Blind Spot Intervention)
- Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert)
- Pencegahan Keluar Lorong (Lane Departure Prevention)
- Bantuan Lampu Tinggi (High Beam Assist)
Harga Nissan KICKS 2025 di UAE dan Arab Saudi
Emiriah Arab Bersatu (UAE):
- S: AED84,900 (RM102,745)
- SV: AED91,900 (RM111,245)
- SV+: AED99,900 (RM120,929)
- SL: AED114,900 (RM139,089)
- S: SAR86,682 (RM102,731)
- SV: SAR93,829 (RM11,201)
- SV+: SAR102,089 (RM121,000)
- SL: SAR117,312 (RM139,043)
Kredit gambar: Nissan
Nissan Kicks 2025 Timur Tengah:
Leave a Reply