Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Morbidelli N125V, 125cc V-twin, Rangka Trellis, Lengan Ayun Tunggal!
Auto Terkini

Morbidelli N125V, 125cc V-twin, Rangka Trellis, Lengan Ayun Tunggal!

Abang HirataBy Abang Hirata03/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MORBIDELLI telah memperkenalkan satu model yang menarik dalam siri N-V baharu. N125V menggunakan konfigurasi yang jarang ditemui untuk sesaran enjin kecil iaitu padanan enjin V-berkembar atau V-twin 125cc yang ditempatkan di dalam rangka jenis trellis dan lengan ayun tunggal.

Reka Bentuk dan Estetika

N125V menampilkan gayaan yang agresif dan minimalis dan membawa satu konsep ekstrem.

Di antaranya unit ekzos berkembar jenis pendek yang disusun bertingkat pada sisi kanan, rangka trellis keluli dan lengan ayun tunggal.

Model ini turut menampilkan bahagian ekor tempat duduk tunggal yang tajam, serta lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL) berbentuk T terbalik yang unik.

Dari segi ergonomik, ia menawarkan posisi tunggangan sporty dengan bar hendal lebar serta panel instrumen LCD berbentuk bulat yang bersepadu.

Pakej ini benar-benar menarik untuk sebuah motosikal 125cc.

Rangkaian Kuasa

Satu lagi yang menarik ialah enjin V-berkembar atau V-twin dengan sesaran 124.9 cc berserta 6-injap dan sistem penyejukan cecair.

Enjin ini menghasilkan kuasa 14 hp pada 9,500 rpm dan tork 10.9 Nm pada 6,500 rpm.

Kuasa tersebut dihantar ke roda belakang melalui kotak gear 6-kelajuan. Bagi menyokong kelancaran operasi, enjin ini menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik EFI-Motion dan sistem pencucuh T.C.I.

Di sebalik idea ekstrem, kelajuan maksimum hanya 99 km/j dan angka yang realistik kerana datangnya dari enjin kecil.

Kerangka dan Sistem Gantungan

Bahagian casis merupakan komponen paling radikal pada model ini di mana ia menggunakan lengan ayun aluminium sebelah dan mendedahkan roda belakang 17 inci sepenuhnya.

Sistem gantungan hadapan menggunakan fork terbalik bersaiz 37 mm dengan jarak gerak 120 mm.

Di bahagian belakang pula, ia dilengkapi penyerap hentak tunggal yang mempunyai fungsi pelarasan prabeban secara berterusan dengan jarak gerak 34.5 mm.

Ciri Keselamatan dan Peralatan Standard

Keselamatan penunggang dipertingkatkan melalui sistem brek cakera pada kedua-dua roda, merangkumi cakera hadapan 300 mm dengan kaliper 4-piston dan cakera belakang 240 mm dengan kaliper 2-piston.

Sistem ini turut dibantu oleh ABS dua saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) sebagai ciri standard.

Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan sistem lampu LED sepenuhnya, lampu kecemasan, pengaktifan lampu automatik, dan soket pengecas USB.

Spesifikasi Teknikal Morbidelli N125V 2026

  • Enjin: 124.9 ccV-berkembar 4-lejang 6-injap
  • Gerek x Lejang: 42 x 45 mm
  • Kuasa Maksimum: 14 hp @ 9,500 rpm
  • Tork Maksimum: 10.9 Nm @ 6,500 rpm
  • Kelajuan Maksimum: 99 km/j
  • Sistem Penyejukan: Penyejukan cecair
  • Sistem Bahan Api: EFI-Motion
  • Pencucuh: T.C.I.
  • Klac: Klac basah plat berbilang
  • Transmisi: 6-kelajuan
  • Rangka: Trellis keluli
  • Gantungan Hadapan: Fork teleskopik USD 37 mm
  • Gantungan Belakang: Penyerap hentak tunggal dengan pelarasan prabeban berterusan
  • Lengan Ayun: Aluminium sebelah sahaja
  • Brek Hadapan: Cakera dengan kaliper 4-piston
  • Diameter Brek Hadapan: 300 mm
  • Brek Belakang: Cakera dengan kaliper 2-piston
  • Diameter Brek Belakang: 240 mm
  • Sistem Keselamatan: ABS dua saluran dan TCS
  • Roda: Aloi aluminium
  • Tayar Hadapan: 110/70R17 CST
  • Tayar Belakang: 150/60R17 CST
  • Ketinggian Tempat Duduk: 795 mm
  • Kapasiti Tangki: 16 Liter
  • Berat (kerb): 185 kg
Morbidelli Morbidelli N125V
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

03/02/2026
Auto Terkini

Protected: Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Catat 30,073 Unit Terjual Sejak 2023, Rangkaian Terus Diperluas

03/02/2026
Auto Terkini

Mr. Absorber Rasmi Buka Cawangan ke-46, Catat Rekod Malaysia Book of Records (MBR)

03/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.