Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mforce Rasmi Pejabat dan Pusat Servis Kuala Lumpur, Kini Terbesar di Malaysia!
Auto Terkini

Mforce Rasmi Pejabat dan Pusat Servis Kuala Lumpur, Kini Terbesar di Malaysia!

SyafieBy Syafie02/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd. mencipta satu lagi pencapaian penting apabila merasmikan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce Kuala Lumpur di Segambut, yang kini diiktiraf sebagai pusat servis motosikal terbesar di Malaysia.

Fasiliti baharu ini mempunyai keluasan keseluruhan 77,000 kaki persegi, direka khas bagi menyokong kapasiti penyelenggaraan berskala besar serta meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan selepas jualan Mforce di pasaran tempatan.

Konsep Pusat Sehenti Dengan Kemudahan Lengkap

Berteraskan konsep pusat sehenti, Mforce Kuala Lumpur menawarkan pelbagai kemudahan komprehensif, antaranya:

  • Mforce Gallery dengan 16 susun atur pelbagai jenama di bawah Mforce
  • Ruang menunggu pelanggan yang luas dan selesa
  • CR Café dan restoran
  • Pusat alat ganti serta gudang penyimpanan alat ganti berskala besar

Fasiliti ini turut dilengkapi Motorcycle Inspection Test Bench bernilai RM1.5 juta, membolehkan pemeriksaan menyeluruh aspek keselamatan motosikal termasuk sistem brek, pencahayaan dan penjajaran badan, selaras piawaian industri.

Kemudahan sokongan lain seperti surau, tandas, ruang pameran serta jualan produk LS2 dan Mforce Oil turut disediakan bagi melengkapkan pengalaman pelanggan.

Pelaburan RM40 Juta, Kukuhkan Sokongan Selepas Jualan

Keseluruhan kos pembinaan fasiliti ini mencecah RM40 juta, mencerminkan komitmen jangka panjang Mforce dalam memperkukuh rangkaian perkhidmatan dan sokongan selepas jualan di Malaysia.

Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce Kuala Lumpur ini dijangka mula beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.

Alamat Mforce Kuala Lumpur

46 & 48, Jalan Segambut Tengah,
Taman Segambut,
51200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.

Auto Terkini Mforce Bike Holdings Sdn Bhd Mforce Kuala Lumpur Pusat Servis Motosikal
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda2

CFMoto 250 Dual Rasmi Dilancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

02/02/2026
Auto Terkini

Nissan Almera 2026 Kini Di Thailand Dengan Piawaian EURO 6!

30/01/2026
Kempen 'Hypermarket Sweep'
Auto Terkini

Petron Hargai Pelanggan Setia Menerusi ‘Hypermarket Sweep’

31/01/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.