
JENAMA motosikal Itali, Morbidelli, yang kini dibawah naungan Mforce terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan menerusi pelancaran tiga model baharu membabitkan segmen cruiser, skuter premium dan skuter bandar iaitu C252V, SC200SR dan Vizy 125.
Ketiga-tiga model itu ditawarkan pada harga yang kompetitif dengan sasaran pelanggan berbeza, daripada penunggang harian sehinggalah mereka yang mahukan motosikal bergaya untuk tunggangan santai dan jarak jauh.

Harga Morbidelli Baharu di Malaysia
- Morbidelli C252V – RM16,988
- Morbidelli SC200SR – RM7,988
- Morbidelli Vizy 125 – RM4,988
Morbidelli C252V – Cruiser V-Twin 250cc dengan TCS
Menjadi model paling premium dalam barisan baharu ini, Morbidelli C252V hadir sebagai motosikal cruiser yang menggunakan enjin V-Twin 249cc, 8-injap SOHC sejukan cecair.
Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 19kW (25.8hp) pada 9,000rpm dan tork 25Nm pada 5,500rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan serta klac jenis slipper clutch.
Spesifikasi Utama Morbidelli C252V
- Enjin V-Twin 249cc SOHC
- Kuasa 25.8hp
- Tork 25Nm
- Transmisi 6-kelajuan
- Slipper Clutch
- Suspensi depan USD
- Brek cakera depan dan belakang
- ABS dwi-saluran
- Traction Control System (TCS)
- Paparan LCD
- Tangki bahan api 15.5 liter
- Berat 200kg
Model cruiser ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Bulk Black, Moss Green dan Urban Silver.
Morbidelli SC200SR – Skuter Sport 200cc dengan TPMS
Bagi mereka yang mencari skuter premium untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak sederhana, SC200SR tampil dengan enjin silinder tunggal 169cc, 4-lejang, 4-injap SOHC sejukan cecair.
Ia menghasilkan kuasa 11.9kW (16hp) pada 8,000rpm dan tork 15.1Nm pada 7,000rpm, disalurkan menerusi transmisi automatik CVT.
Spesifikasi Utama Morbidelli SC200SR
- Enjin 169cc SOHC sejukan cecair
- Kuasa 16hp
- Tork 15.1Nm
- Transmisi automatik CVT
- Suspensi belakang monoshock boleh laras
- Brek cakera depan dan belakang
- Rim 13 inci
- Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
- Paparan LCD
- Tangki bahan api 7.8 liter
- Berat 142kg
SC200SR ditawarkan dalam tiga warna menarik:
- Bulk Black
- Kingfisher Green
- Sprint Purple
Morbidelli Vizy 125 – Skuter Mampu Milik untuk Bandar
Bagi segmen permulaan, Morbidelli memperkenalkan Vizy 125 yang direka untuk kegunaan harian dalam bandar.
Skuter ini menggunakan enjin silinder tunggal 123.6cc, SOHC dua injap sejukan udara yang menghasilkan kuasa 7.0kW (9.4hp) pada 8,000rpm dan tork 9.5Nm pada 6,000rpm.
Spesifikasi Utama Morbidelli Vizy 125
- Enjin 123.6cc SOHC
- Kuasa 9.4hp
- Tork 9.5Nm
- Transmisi CVT
- Fork teleskopik depan
- Brek cakera depan
- Brek dram belakang
- Lampu LED penuh
- Paparan LCD
- Port pengecas USB Type-A dan Type-C
- Tangki bahan api 4.5 liter
- Berat 103kg
Pilihan warna yang ditawarkan ialah:
- Bulk Black
- Dash Yellow
- Stun Red
Tiga Segmen, Tiga Karakter Berbeza
Dengan pelancaran C252V, SC200SR dan Vizy 125, Morbidelli kini menawarkan pilihan yang lebih menyeluruh kepada pengguna Malaysia.
C252V menyasarkan peminat cruiser yang mahukan gaya klasik dengan teknologi moden, SC200SR pula sesuai untuk mereka yang mencari skuter premium berprestasi tinggi, manakala Vizy 125 menjadi pilihan menarik bagi penunggang baharu atau pengguna bandar yang mahukan motosikal praktikal dan mampu milik.







