Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

SyafieBy Syafie03/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kelengkapan penunggang global, LS2, memperkenalkan helmet separa muka terbaharu OF628 Compass, direka khas untuk kegunaan harian dengan penekanan terhadap keselesaan, keselamatan dan nilai mampu milik.

Model ini tampil moden dengan pensijilan keselamatan terkini ECE R22.06, sistem pengudaraan lengkap serta sun visor terbina dalam, menjadikannya sesuai untuk penunggang komuter bandar dan tunggangan santai jarak dekat.

Reka Bentuk Moden, Praktikal

LS2 OF628 Compass menggunakan rekaan open-face (separa muka) dengan visor lutsinar penuh bagi perlindungan muka, serta sun visor dalaman untuk mengurangkan silau ketika menunggang pada waktu siang.

Struktur Produk, Sistem Pengudaraan

Berdasarkan rajah struktur produk, helmet ini dilengkapi dengan:

  • Saluran udara bahagian atas
  • Aliran keluar udara di belakang
  • Visor lutsinar hadapan
  • Visor dalaman gelap
  • Suis kawalan visor dalaman
  • Lapisan penyerap hentakan
  • Lapik dalaman selesa dan boleh ditanggalkan

Gabungan ini membantu meningkatkan aliran udara dan keselesaan ketika tunggangan harian dalam cuaca panas Malaysia.

EPS, Saiz – Lebih Tepat, Lebih Selesa

LS2 OF628 Compass dibangunkan dengan:

  • Dua saiz shell:
    • M hingga XL
    • 2XL hingga 4XL
  • Lima saiz EPS berbeza untuk padanan kepala lebih tepat
  • Enam jenis lapik dalaman dan dua saiz cheek pad

 

Pendekatan ini memastikan helmet lebih kemas, stabil dan selesa dipakai dalam tempoh lama.

Pensijilan Keselamatan ECE R22.06

Helmet ini menerima pensijilan ECE R22.06, iaitu piawaian keselamatan terkini Eropah yang lebih ketat, melibatkan ujian impak, kestabilan dan perlindungan menyeluruh berbanding standard sebelumnya.

Harga Rasmi Malaysia

Harga Disyorkan:

  • Plain: RM388.00
  • Design: RM399.00

LS2 OF628 Compass Helmet kini boleh didapati di pengedar sah LS2 terpilih di seluruh Malaysia.

Harga Kompetitif untuk Helmet Separa Muka

Dengan pensijilan ECE 22.06, sun visor terbina dalam, sistem pengudaraan lengkap serta harga bawah RM400, LS2 OF628 Compass muncul sebagai antara helmet separa muka paling berbaloi untuk penunggang harian.

Ia sesuai untuk komuter bandar yang mahukan helmet selesa, praktikal dan memenuhi piawaian keselamatan terkini.

Auto Terkini Helmet OF628 Compass LS2 Malaysia
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Aksesori

LS2 Torrent Waterproof Boots Rasmi Dilancar, Harga RM369

03/02/2026
Aksesori

LS2 Lancar Sarung Tangan Baharu Chaki EVO, Dart II EVO, Harga Mula RM89

03/02/2026
Aksesori

LS2 X-Terrain Jacket Rasmi Dilancar, Harga RM599

03/02/2026
Auto Terkini

Batal Lesen PSV Serta Merta Terhadap Pelaku Gangguan Seksual

03/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.