KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) bersedia untuk menyemak semula dan melaksanakan proof of concept (POC) kepada mana-mana syarikat yang ingin mengadakan perbincangan berkenaan perkhidmatan e-hailing motosikal.
Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke beranggapan bahawa budaya di Malaysia tidak begitu cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ini namun beliau tidak menolak sekiranya tanggapan itu salah.
Jika ada mana-mana pengusaha yang ingin melaksanakan ujian sandbox atau projek perintis seumpamanya, kami terbuka untuk menjalankan POC sekiranya Putrajaya dapat mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menjalankan perkhidmatan ini."
“Jika POC berjaya, saya terbuka dengan idea ini dan berharap ia dapat membantu meringankan beban pengangkutan batu pertama dan batu terakhir."
Tambah beliau, perbincangan kelulusan POC ini akan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya terdapat permohonan yang dikemukan.
Sementara itu, Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, kebenaran akan diberikan kepada mana-mana syarikat e-hailing yang ingin memperkenalkan perkhidmatan ini dan mencadangkan kawasannya sebagai lokasi ujian sandbox.
SUMBER: NST
Leave a Reply