SELEPAS berkongsi gambar luaran dan maklumat ringkas, Kia secara rasminya memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) terbaru, EV4.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kia EV4 dibuat dalam gaya badan sedan dan hatchback selain versi GT-Line dengan imej sporty.
Diperkenal sempena Kia EV Day 2025 di Tarragona, Sepanyol, EV4 bakal memasuki pasaran antarabangsa pada tahun ini.
Kepada yang mahukan EV dengan jarak jauh, EV4 sedan dengan bateri 81.4 kilowatt-jam (kWj) boleh dipandu sehingga 630 kilometer! (WLTP).
Dari segi rekaan, walaupun dinamakan sebagai sedan, EV4 sebenarnya membawa gaya fastback dan perinciannya unik. EV4 hatchback pula lebih mudah dihadam.
Reka Bentuk & Falsafah
- Berdasarkan falsafah "Opposites United", menggabungkan elemen alam & teknologi manusia.
- Reka bentuk agresif & moden – lampu depan menegak, EV Tiger Face, spoiler dua bahagian.
- GT-Line menawarkan reka bentuk lebih aerodinamik dengan rim 19 inci bermotif segi tiga.
- Dalaman minimalis & futuristik dengan stereng asimetri & antara muka terapung.
Bateri & Prestasi
- Dua pilihan bateri:
- 58.3kWh (standard) – jarak 430km (sedan) / 410km (hatchback)
- 81.4kWh (long-range) – jarak 630km (sedan) / 590km (hatchback)
- Motor 150kW dengan pecutan 0-100km/j dalam 7.4 saat
- Pekali seretan ultra-rendah (0.23Cd) dengan penutup penuh bawah badan untuk aerodinamik optimum.
- Pengecasan pantas DC 10-80% dalam 31 minit, pengecasan AC 10-100% dalam 7 jam 15 minit.
- V2L (Vehicle-to-Load) & V2G (Vehicle-to-Grid) – boleh mengecas peranti dan menyambung tenaga ke grid elektrik.
Teknologi & Keselesaan Dalaman
- Skrin lebar 30 inci dengan ccNC (Connected Car Navigation Cockpit).
- Digital Key 2.0 – boleh buka & kawal kenderaan dengan telefon pintar atau Apple Watch.
- Sistem infotainment canggih – menyokong Netflix, YouTube, Disney+, permainan & karaoke.
- i-Pedal 3.0 – sistem brek regeneratif pintar untuk pemanduan lebih lancar & cekap.
- Ruang dalaman fleksibel – konsol boleh gelongsor, tempat duduk barisan depan dengan mod rehat.
Teknologi ADAS & Keselamatan
- Sasaran 5-bintang Euro NCAP & US NCAP.
- Struktur badan diperkuat – bumbung mampu menampung lebih 5 kali berat kenderaan.
- Bantuan Pemanduan Lebuhraya 2 (HDA2)
- Bantuan Mengelak Perlanggaran Hadapan (FCA)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Bantuan Mengikut Lorong (LFA)
- Bantuan Mengelak Perlanggaran Titik Buta (BCA)
- Bantuan Mengelak Perlanggaran Lintasan Belakang (RCCA)
- Bantuan Keluar Kenderaan Selamat (SEA)
- Bantuan Parkir Pintar 2 (SPA2)
- Bantuan Parkir Pintar Jauh (RSPA)
- Paparan Pandangan Sekeliling (SVM)
- Bantuan Mengelak Perlanggaran Semasa Parkir (PCA)
- Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
- Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA)
- Kawalan Jelajah Pintar Berasaskan Navigasi (NSCC)
- Bantuan Lampu Tinggi (HBA)
Sistem Suspensi & Pengendalian
- Suspensi MacPherson strut khas EV di depan, multi-link di belakang untuk kestabilan tinggi.
- SFD3 frequency-responsive valves & Hydro G suspension bushing – meningkatkan keselesaan.
- Geometri FWD dipertingkatkan dan pengukuhan badan canggih di beberapa bahagian utama, membantu pengendalian dan mengurangkan defleksi stereng sehingga 50% untuk kawalan lebih tajam.
Seperkara lagi, EV4 sedan dikeluarkan di Autoland Gwangmyeong EVO, Korea, manakala hatchback hanya di Slovakia (untuk pasaran Eropah sahaja).
Pengeluaran untuk Amerika Utara dan pasaran lain dirancang kemudian. Berkenaan pelancaran, Korea mendahului pada Mac diikuti Eropah, Amerika Utara & pasaran lain pada separuh kedua 2025.
Spesifikasi Penuh Kia EV4:
Spesifikasi | EV4 Sedan (Standard) | EV4 Sedan (Long Range) | EV4 Hatchback (Standard) | EV4 Hatchback (Long Range) |
---|---|---|---|---|
Dimensi (P x L x T) | 4,730 mm x 1,860 mm x 1,480 mm | 4,730 mm x 1,860 mm x 1,480 mm | 4,430 mm x 1,860 mm x 1,485 mm | 4,430 mm x 1,860 mm x 1,485 mm |
Jarak Roda | 2,820 mm | 2,820 mm | 2,820 mm | 2,820 mm |
Platform | E-GMP | E-GMP | E-GMP | E-GMP |
Kapasiti Bateri | 58.3 kWh | 81.4 kWh | 58.3 kWh | 81.4 kWh |
Kuasa Motor | 150 kW | 150 kW | 150 kW | 150 kW |
Jarak Pemanduan (WLTP) | 430 km | 630 km | 410 km | 590 km |
Pecutan 0-100 km/j | 7.4 saat | 7.7 saat | 7.4 saat | 7.7 saat |
Kelajuan Maksimum | 170 km/j | 170 km/j | 170 km/j | 170 km/j |
Masa Cas DC (10-80%) | 29 minit | 31 minit | 29 minit | 31 minit |
Masa Cas AC (10-100%) | 5 jam 20 minit | 7 jam 15 minit | 5 jam 20 minit | 7 jam 15 minit |
Ruang But | 490 L | 490 L | 435 L | 435 L |
Leave a Reply