KERAJAAN memperkenalkan 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu, termasuk satu laluan penerbangan sewa untuk menghubungkan lima negeri di Malaysia bermula Disember ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, laluan baharu itu melibatkan negeri seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Langkawi (Kedah), dan Pulau Pinang.
Laluan tambahan ini membolehkan beberapa negeri berkongsi faedah pasaran pelancongan sambil menyediakan pelbagai pilihan perjalanan untuk memaksimumkan kemudahan ditawarkan."
Berikut perincian setiap penerbangan ditawarkan dan syarikat terlibat:
Menurutnya, selepas semua 10 laluan mula beroperasi, Kerajaan akan menambah 50 penerbangan antarabangsa setiap minggu ke Malaysia.
Jadi, ini akan meningkatkan kapasiti penumpang mingguan lebih 7,400 oerang, sekali gus menjadikan jumlah penerbangan antarabangsa lebih 3,100 setiap minggu. Malah, kapasiti penumpang juga akan meningkat daripada 612,423 kepada hampir 620,000 orang setiap minggu.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply