Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM79k
Auto Terkini

Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM79k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/09/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK beberapa generasi sebelum ini, enjin diesel Isuzu terbukti mampu berkhidmat dengan baik dan tahan lasak. Pengeluaran enjin buatan pengeluarn itu mencecah 25 juta unit dan sebagai pengeluar automotif tertua Jepun, Isuzu kini melangkah lebih jauh menerusi pengenalan enjin baharu, RZ4E, yang juga antara enjin diesel paling kompak, lasak dan cekap masa kini.

Pasaran Malaysia turut menyambut kehadiran Isuzu D-Max 1.9L Blue Power yang menjadi trak pikap pertama Malaysia mendapat penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

ENJIN TAHAN LASAK

Enjin baharu itu, yang bersesaran 1,898cc, mampu menghasilkan prestasi lebih baik, berketahanan tinggi dan menjimatkan. Ia juga senyap dan kurang geseran yang menyumbang kepada kos penyelenggaraan lebih murah.

Enjin diesel 1.9L Blue Power VGS Turbo Intercooler memapu menjana kuasa 148hp @ 3,600rpm dan tork maksimum 350Nm @ 1,800-2,600rpm, manakala hantaran kuasa disalurkan menerusi dua pilihan transmisi, automatik 6-kelajuan dengan ciri anjakan sekuensial (sequential shift) dan manual 6-kelajuan. Enjin baharu ini juga lebih ringan 56kg.

Selain itu, Isuzu Malaysia turut menawarkan enjin diesel 3.0L VGS Turbo Intercooler berkuasa 175hp @ 3,600rpm dan tork 380Nm @ 1,800-2,800Nm dengan transmisi automatik atau manual 5-kelajuan.

BACA >>> Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power Sah Masuk Malaysia 18 September Ini

ADA 11 VARIAN UNTUK DIPILIH

D-Max baharu didatangkan dengan 11 pilihan varian yang terbahagi kepada dua kategori model: Type B, dan Premium. Gaya badan kabin tunggal (Single Cab) cuma ada untuk Type B sahaja.

Varian asas untuk Type B bermula 1.9L Low-Rider 4×2 (MT) untuk trak pikap double cab pada harga serendah RM79,000 yang disasarkan kepada kumpulan peniaga. Varian Type B jenis  gaya badan single cab juga ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.9L dan 3.0L, tetapi dalam sistem pacuan 4×4, dan transmisi manual sahaja.

Model Premium cuma ada untuk versi double cab dengan transmisi automatik sahaja, tetapi ditawarkan dua pilihan enjin, 1.9L dan 3.0L. Ada juga opsyen pacuan 4×2 dan 4×4, manakala harga pula bermula RM99,000.

ISUZU D-MAX (TYPE B – SINGLE CAB)

  • 1.9L 4X4 (MT) – RM85,000
  • 3.0L 4X4 (MT) – RM91,000

ISUZU D-MAX (TYPE B – DOUBLE CAB)

  • 1.9L 4×2 (MT) Low Ride – RM79,000
  • 1.9L 4×2 (MT) High Ride – RM86,000
  • 1.9L 4×4 (MT) Type B – RM96,000
  • 1.9L 4×4 (MT) Premium – RM105,000
  • 1.9L 4×4 (AT) Type B – RM104,000
  • 3.0L 4×4 (MT) Type B – RM104,000

ISUZU D-MAX (PREMIUM – DOUBLE CAB)

  • 1.9L 4X2 (AT) High Ride – RM99,000
  • 1.9L 4×4 (AT) Premium – RM115,000
  • 3.0L 4×4 (AT) Premium – RM119,000

BACA >>> #Spyshot: Isuzu D-Max (2020) Serba Baharu Dikesan dengan Kabin Tambahan

PENAMBAHBAIKAN LUARAN

Rekabentuk gril depan kini tampil dengan kemasan hitam dan krom yang kini dilanjutkan hingga lampu utama jenis projektor LED dan lampu siang (DRL) LED berserta ciri pelarasan cahaya untuk elak silau kenderaan depan. Bampar tampil dengan rekaan kemasan baharu sekeliling lampu kabus. Badan dilekatkan strip grafik baharu dan dipadankan rim sport 18 inci (Premium).

Bagi memudahkan operasi memunggah, Isuzu memperkenalkan ciri pintu but ringan dengan komponen strut yang memudahkan operasi buka-tutup menggunakan satu jari sahaja.

DALAMAN LEBIH SELESA, KEMAS

Penggunaan enjin 1.9L baharu meningkatkan tahap kesenyapan enjin sebanyak 6 peratus. Ruang kabin kini lebih kemas dan selesa. Penggunaan material lembut di beberapa bahagian panel  berfungsi menyerap bunyi untuk ruang kabin lebih senyap. Kerusi dibalut kemasan kulit dan fabrik.

Turut tersedia palam pengecas USB berhampiran tombol gear dan konsol tengah untuk penumpang belakang.

BACA >>> Ku Tak Rela Dibenci, Inilah Respon Toyota Susulan Ujian Hilux Terangkat Dua Tayar

CIRI KESELAMATAN

Semua varian didatangkan standard 2 beg udara, dan cuma varian 3.0L 4×4 (AT) Premium diberikan 6 beg udara. Ciri keselamatan standard lain ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Hidup Bukit (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Ada juga ciri baharu, Kawalan Bantu Luncur Kenderaan (VLAC) untuk meningkatkan daya tork pada posisi cerun 25 peratus atau lebih.

WARANTI

Isuzu D-Max baharu ini didatangkan dengan lima warna pilihan: putih magnum, putih mutiara, perak, hitam dan dua warna baharu, merah dan biru. Pembeli turut diberikan pakej waranti 5 tahun tanpa had perbatuan dan servis percuma 8 tahun atau 80,000km (yang mana satu tiba dulu).

BACA >>> 16 Fakta Pantas – Ford Ranger Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM91k

GALERI

 

4x4 dmax baru Isuzu Isuzu D-Max isuzu dmax isuzu dmax facelift Isuzu Malaysia Trak pikap
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Almera 2026 Kini Di Thailand Dengan Piawaian EURO 6!

30/01/2026
Auto Terkini

Petron Hargai Pelanggan Setia Menerusi ‘Hypermarket Sweep’, 160 Pemenang dari Enam Wilayah

30/01/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Kekal No.1 Bukan Nasional 12 Tahun Berturut-turut, Jual 72,301 Unit pada 2025

30/01/2026
Petronas Sprinta F900HD
Auto Terkini

Petronas Sprinta Lancar Peraduan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’

30/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.