DUA daripada jenama mewah Jepun berada di pasaran tempatan secara rasmi. Satu daripadanya tidak lagi aktif namun pernah mewarnai pasaran.
Jenama yang dimaksudkan ialah Infiniti dan di antara model yang ditawarkan seperti sedan Q50 dan Q70, kenderaan utiliti sukan (SUV) besar QX80 dan coupé Q60.
Satu daripada SUV menarik dari Infiniti ialah QX50 yang turut dikenali sebagai Nissan Skyline Crossover. Iya, Skyline yang ikonik pernah menjadi crossover.
Model generasi pertama pada awalnya menggunakan nama Infiniti EX. Dikeluarkan sejak November 2007, model pengganti hadir pada 2017.
Kitaran hayat produk QX50 nampaknya terus bersambung selepas Infiniti memperkenalkan QX model tahun (MY) 2025 di Amerika Syarikat.
Untuk MY2025, Infiniti menggugurkan varian Sensory dan Autograph dan kini diwakili Pure, Luxe dan Sport dan kesemuanya menggunakan pacuan Semua Roda Pintar.
Gaya asas rupa depan masih sama dengan QX50 Sport lebih menyerlah dengan bampar ala versi coupé atau QX55. Diganding dengan rim 20 inci dan sisi badan beralun, QX50 nampak seperti baharu dikeluarkan.
Rekabentuk
QX50 Sport
- Istimewa dengan perkakasan hitam seperti rel bumbung, bingkai cermin, gril depan, pendakap but, muncung ekzos, hendal pintu dan logo.
- Rim 20 inci warna gelap.
- Lampu suasana LED yang dipertingkat dan pelapik bumbung warna Grafit, trim aluminium hitam dan balutan kulit separa anilina warna Grafit atau Monaco Red.
- Sistem Audio Premium Bose dengan 12 pembesar suara.
- Sistem navigasi, Around View® Monitor dengan Pengesanan Objek Bergerak.
- Stereng dengan fungsi pemanas.
QX50 Pure dan Luxe
- Rim 19 inci warna perak, trim aluminium gelap, balutan Grafit atau Pebble Gray.
- Sistem Audio Premium Bose dengan 12 pembesar suara (pilihan untuk Luxe).
- Kerusi dengan pemanas, bumbung panoramik, rel bumbung dan pelbagai lagi.
QX50
- Warna Hermosa Blue, Graphite Shadow, Slate Gray, Black Obsidian, Dynamic Sunstone Red (QX50 Sport), Lunar White dan Radiant White.
- Cermin depan sisi akustik, pembatalan bunyi aktif, cermin sisi dengan pemanas, Penghidupan Enjin Kawalan Jauh, kawalan penghawa dingin dua zon automatik.
- Kerusi belakang boleh gelangsar dan lipat untuk muatan kargo sehingga 1,843 liter.
- Pintu but berkuasa dan boleh dioperasi menggunakan tangan (standard pada Luxe dan Sport).
- Skrin atas 8 inci, skrin bawah 7 inci.
- 4 port USB, pengecas tanpa wayar.
- Amaran Pelanggaran Depan Jangkaan, Pembrekan Kecemasan Depan dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Amaran Penukaran Lorong, Amaran Titik Buta, Peringatan Lintasan Trafik Belakang, Brek Belakang Automatik dan Bantuan Lampu Tinggi.
Rangkaian kuasa
- Enjin KR20DDET 2.0 liter Variable-Compression Turbocharged (VC-Turbo).
- 296 hp@5,600 rpm, 380Nm@1,600-4,800 rpm.
- Kotak gear CVT XTronic dengan Padanan Rev Penurunan Gear dan pedal gear pada stereng.
- Pacuan Semua Roda Pintar.
Harga
- Daripada AS$43,000 (RM180,801)
Kredit gambar: Nissan
Leave a Reply