TAHUN 2024 menyaksikan pertembungan di antara kenderaan tenaga baharu (NEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) tradisional.
Walaupun kereta ICE masih menguasai, jualan NEV telah menghakis kedudukan yang selesa sebelum ini. Di tambah beberapa cabaran lain seperti inflasi, industri kereta bergoncang sekali lagi selepas wabak Covid-19.
Berdasarkan keadaan tersebut, bagaimana prestasi jualan 2024? Hyundai Motor Company (HMC) telah mengumumkan angka jualan yang menyaksikan penurunan sebanyak 1.8 peratus di peringkat global berbanding 2023.
Jualan global sebanyak 4,141,791 unit yang merangkumi 705,010 unit di Korea dan 3,436,781 unit di pasaran luar negara.
Berbanding 2023, jualan domestik menyusut 7.5 peratus dan sedikit menurun di pasaran luar iaitu 0.5 peratus.
Jualan melebihi 4.1 juta masih tinggi dan Hyundai berjaya menambah baik campuran jualan melalui model baharu seperti Tucson baharu dan Casper EV dan memperkukuhkan barisan kenderaan mesra alam.
Hyundai Motor America (HMA) juga mencatat jualan paling tinggi di dalam sejarah syarikat iaitu sebanyak 836,802 unit atau meningkat empat peratus berbanding 2023.
Pelanggan HMA begitu gemarkan Tucson dengan jualan 206,126 unit diikuti Elantra sebanyak 136,698 unit dan Santa Fe berjumlah 119,010 unit.
Untuk 2025, syarikat akan mengoptimumkan portfolio produk dan pengurusan bekalan kenderaan bagi setiap wilayah, memperluaskan jualan model elektrifikasi serta meningkatkan pengeluaran tempatan di pusat kemudahan global.
Selain itu, Hyundai Motor akan meningkatkan pengurusan isu secara proaktif dan sistem pengeluaran yang anjal untuk pelbagai model dan menumpukan pada operasi perniagaan yang menguntungkan.
Hyundai mensasarkan jualan global 2025 sebanyak 4,174,000 unit dengan pembahagian 710,000 unit di Korea dan 3,464,000 unit untuk pasaran luar.
Perincian jualan Hyundai Motor Company 2024:
Domestik
- 705,010 unit / - 7.4% berbanding 2023.
- Sedan: 198,580 unit (Grandeur 71,656), (Sonata 57,355), (Avante 56,890).
- RV: 245,241 unit ( Santa Fe 77,161), (Tucson 55,257), (Kona 28,459) (Casper 41,788).
- Kenderaan perdagangan: 111,373 unit (Porter 69,267), (Staria 41,118 units), (kenderaan besar termasuk bas dan lori 26,864 unit).
- Genesis: 136,774 unit (G80 45,854), (GV80 39,369), (GV70 34,469).
Pasaran luar
- 3,436,781 unit, - 0.5% berbanding 2023.
Jualan Disember 2024
- 330,059 unit (Korea 61,323 unit), (luar 268,736 unit).
Leave a Reply