Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»‘Honda Petak’ Jadi Kapcai Antik Paling Diburu Vietnam, Harga Mampu Cecah RM132k!
Roda2

‘Honda Petak’ Jadi Kapcai Antik Paling Diburu Vietnam, Harga Mampu Cecah RM132k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA DD70 pernah dikenali sebagai ‘Putera Raja’  di Vietnam kerana menampilkan rekabentuk maskulin yang bersegi dan kini masih menjadi buruan peminat kapcai negara itu disebabkan faktor harga semakin meningkat.

Portal tempat Zing melaporkan, Honda C70 Econo-Power dihasilkan di Jepun sejak 1969 hingga akhir abad ke-20. Model itu ada beberapa nama sebutan lain, antaranya ‘Ratu Merah’ atau ‘Merah DD’.

BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?

‘Merah DD’ dibawa masuk ke Vietnam pada lewat 1970-an ketika negara itu berdepan detik sukar akibat konflik perang. Pada masa itu, motosikal bukan hanya dilihat sebagai kenderaan semata-mata, tetapi juga aset berharga.

Malah laporan sama menyamakan pemilik ‘Merah DD’ sekitar 1970-1980-an di Vietnam dengan pemilik supercar masa kini. Buat masa ini, kapcai Honda C70 dianggap sebagai motosikal langka (rare) dan sering diselit dalam senarai motosikal klasik yang diminati ramai pengumpul koleksi kenderaan.

Pengumpul motosikal antik di Hanoi, Vietnam, Do Quang Tu dengan bantuan rakannya berjaya memujuk seorang pemilik menjual Honda DD (1998) dengan jarak perbatuan mencapai 6,500km.

Quang Tu berkata;

Pemilik sebelum ini tinggal di kawasan tanah tinggi dan cuaca di situ agak baik. Malah, dia tahu cara menjaga motosikal dan model tersebut berada dalam kondisi cukup baik ketika tiba di Hanoi.

“Komponen krom masih berkilat dengan warna badan merah masih cantik walaupun usianya sudah menjangkau 24 tahun digunakan.”

BACA >>> eCub – Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub

DD70 dilengkapi pelana kembar terbal untuk keselesaan dengan penghidup tendang, manakala panel spidometer berbentuk segiempat yang disertakan bersama slot kunci mekanikal.

Rekabentuk petak juga membabitkan lampu signal belok dan sistem suspensi depan disorokkan dalam fairing yang dikatakan lebih senyap dengan fungsi masih lancar.

Blok enjin C70 Deluxe berkapasiti 72cc ketika itu dianggap sebagai agak baik pada zaman tersebut. Enjin karburetor 4-silinder 2-injap itu menggunakan transmisi klac automatik 3-kelajuan, manakala kelajuan maksimum 85kmj. Penggunaan bahan api mampu mencapai jarak 60km untuk seliter petrol.

Menjelang 1982, C70 Deluxe memperkenalkan teknologi enjin lebih cekap bahan api, iaitu 80km per liter dengan blok enjin dipanggil Econo-Power. Model keluaran 1998 hingga 1999 itu juga dianggap sebagai zaman emas Honda Super Cub C70 Deluxe sebelum dihentikan pengeluaran.

Quang Tu mendakwa motosikal itu kini dianggarkan berharga kira-kira 700 juta dong (RM132,110) dan menjadi model diminati ramai pengumpul motosikal, lebih-lebih lagi model berwarna merah.

BACA >>> Yamaha 125ZR ‘NOS’ Hitam di Vietnam Ini Mahu Dijual RM89.9k!
BACA >>> Suzuki RGV 120 (1999) ‘NOS’ Tidak Pernah Isi Petrol Ini Cecah Harga RM184k!
BACA >>> Mat Motor Vietnam Ini Mahu Jual Super Cub 82 pada Harga RM90k!
BACA >>> Pelik Tapi Benar, Harga Honda Winner X di Kedai Motor Vietnam Ikut Harga Pengeluar

SUMBER: Zing

Do Quang Tu Honda C70 Econo-Power (1998) honda cub HONDA DD70 Honda Petak Kapcai roda2 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Audi Q7 S Line 2025 CKD
    Roda4

    Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.