PENAWARAN skuter pada hari ini hebat belaka. Pelanggan kali ini mempunyai banyak pilihan sama ada jenama Jepun, Taiwan, China, Itali dan tempatan sendiri.
Di sebalik penawaran tersebut, Honda PCX tidak dibawa masuk seperti beberapa tahun lalu. PCX mempunyai identiti tersendiri dan nampak futuristik.
Di Jepun, Honda memperkenalkan dua model 2025 sekaligus iaitu PCX 160 dan PCX 125.
Lampu depan ditukar baharu yang disatukan dengan lampu nyalaan siang (DRL) dan berbentuk V.
Fairing juga ditukar dan unik tentang PCX adalah rekaannya yang lembut dan bergaris ibarat dikeluarkan dari terowong angin.
Muatan bawah pelana mempunyai kapasiti 30 liter dan penunggang boleh mengecas telefon pintar menggunakan soket USB Type-C.
Di sebalik pengenalan ini, carian di laman sesawang Honda Jepun tidak menunjukkan meter LCD TFT lima inci baharu seperti di Indonesia dan juga sambungan Honda RoadSync.
Di Eropah, PCX 125 mempunyai dua versi iaitu meter LCD biasa (PCX) atau TFT lima inci (PCX DX). Penyerap hentak belakang PCX juga tidak mempunyai tabung seperti Eropah dan Indonesia.
Kedua-dua PCX 160 dan 125 ditawarkan dalam empat warna iaitu Matte Starry Blue Metallic, Pearl Snowflake White, Pearl Magellanic Black dan Pearl Jupiter Gray.
Di antara dua model, Honda mensasarkan jualan tahunan PCX 125 lebih tinggi iaitu 18,500 unit berbanding 6,500 unit untuk PCX 160. Dipasarkan di Jepun, PCX diimport dari Vietnam.
Ciri-ciri PCX 160 dan PCX 125 Jepun:
- KF47E 156 cc, OHC, silinder tunggal, 15.8ps@8,500 rpm, 15Nm@6,500 rpm.
- JK05E 124 cc, OHC, silinder tunggal, 12.5ps@8,750 rpm, 12Nm@6,500 rpm.
- Suntikan bahan api PGM-FI.
- Tangki petrol 8.1 liter.
- Tinggi 1,125 mm, tinggi pelana 764 mm, kelegaan jalan 135 mm.
- Berat 134 kg (PCX 160), 133 kg (PCX 125).
- Tayar 110/70-14M/C 50P (depan), 130/70-13M/C 63P (belakang).
- Kaliper Nissin, ABS 1 saluran depan.
- Cakera depan dan belakang 220 mm.
- Sistem Melahu Henti.
- Honda Selectable Torque Control (HSTC).
Harga:
- PCX 160: 462,000 yen (RM13,402).
- PCX 125: 379,500 yen (RM11,009).
Honda PCX 160 2025:
Honda PCX 125 2025:
Leave a Reply