Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Kekal No.1 Bukan Nasional 12 Tahun Berturut-turut, Jual 72,301 Unit pada 2025
Auto Terkini

Honda Malaysia Kekal No.1 Bukan Nasional 12 Tahun Berturut-turut, Jual 72,301 Unit pada 2025

SyafieBy Syafie30/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Malaysia menutup 2025 dengan prestasi jualan kukuh apabila mencatatkan 72,301 unit kenderaan terjual, sekali gus menguasai 8.8 peratus pegangan pasaran.

Pencapaian itu membolehkan Honda Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai jenama No.1 dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional buat 12 tahun berturut-turut, satu rekod yang sukar ditandingi dalam industri automotif tempatan.

Prestasi memberangsangkan itu disumbangkan portfolio produk yang seimbang, permintaan tinggi terhadap teknologi hibrid serta kepercayaan berterusan pengguna Malaysia terhadap jenama Honda.

HR-V, City dan CR-V Jadi Tulang Belakang Jualan

Daripada keseluruhan jualan 2025, tiga model utama Honda menyumbang bahagian terbesar iaitu:

  • HR-V – 25 peratus
  • City – 24 peratus
  • CR-V – 15 peratus

Permintaan konsisten terhadap sedan dan SUV ini mencerminkan kekuatan Honda dalam memenuhi keperluan pelbagai segmen pengguna, walaupun persaingan pasaran semakin sengit.

Teknologi Hibrid Jadi Pemacu Utama

Honda Malaysia turut mencatatkan sumbangan signifikan daripada barisan model e:HEV, dengan HR-V dan CR-V hibrid masing-masing merangkumi lebih 30 peratus daripada jumlah jualan hibrid syarikat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, tahun 2025 menandakan 21 tahun pengenalan teknologi hibrid Honda di Malaysia, sekali gus mengukuhkan komitmen syarikat terhadap elektrifikasi praktikal dan mampan.

Menurut beliau, pengembangan model hibrid merentasi segmen utama kekal sebagai keutamaan bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan, cekap dan mesra alam kepada pelanggan.

Kepercayaan Pelanggan Jadi Asas Kejayaan

Honda lancar Kempen 'Because of You'

Honda Malaysia menegaskan kejayaan 2025 adalah hasil hubungan jangka panjang yang kukuh dengan pelanggan, disokong reputasi jenama, kebolehpercayaan produk serta perkhidmatan selepas jualan yang konsisten.

Keyakinan itu terus diperkukuh menerusi kempen “Because of You” sempena ulang tahun ke-25 Honda Malaysia yang dilancarkan pada Oktober 2025. Kempen berkenaan menampilkan cabutan bertuah selama tiga bulan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia.

Pemenang Bertuah Bawa Pulang City RS, HR-V

Honda Malaysia turut mengumumkan dua pemenang terakhir kempen “Because of You” bagi Disember 2025, masing-masing membawa pulang:

  • Honda City 1.5L RS
  • Honda HR-V 1.5L T V

Kedua-dua pemenang menyatakan keyakinan terhadap jenama Honda, sama ada dalam pemilikan kenderaan elektrik mahupun model enjin pembakaran dalaman, sebagai faktor utama memilih Honda.

Asas Kukuh Untuk Fasa Pertumbuhan Seterusnya

Dengan prestasi perniagaan yang berdaya tahan, permintaan kukuh terhadap barisan model semasa serta hubungan pelanggan yang semakin erat, Honda Malaysia yakin berada pada landasan tepat untuk melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Dipacu semangat Challenging Spirit, Honda Malaysia kekal komited untuk menawarkan teknologi yang relevan, selamat dan praktikal kepada rakyat Malaysia.

 

Auto Terkini Honda City Honda CR-V Honda HR-V Honda Malaysia Jenama Bukan Nasional No 1
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Petron Hargai Pelanggan Setia Menerusi ‘Hypermarket Sweep’, 160 Pemenang dari Enam Wilayah

30/01/2026
Petronas Sprinta F900HD
Auto Terkini

Petronas Sprinta Lancar Peraduan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’

30/01/2026
Roda2

Hanway BOB250 Bakal Lancar Februari 2026, Harga Anggaran Bawah RM19,000

30/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

30/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.