SELEPAS pelancaran WR-V RS SE pada 12 September lalu, Honda Malaysia secara rasminya memperkenalkan satu lagi varian Edisi Khas ke pasaran tempatan membabitkan Honda City Generasi Kelima.
Kereta sedan Honda City V Special Edition (SE) ditawarkan dengan kuantiti terhad dan dijual pada harga jualan asas tanpa insurans sebanyak RM95,200 seunit dengan warna Platinum White Pearl.
Harga sebenar varian Honda City V ialah RM94,900 tetapi dikenakan tambahan caj sebanyak RM300 disebabkan warna mutiara putih platinum. Berikut ialah perinciannya:
- Hanya 99 unit Honda City V Special Edition ditawarkan iaitu sama seperti WR-V RS SE.
- Aspek mekanikal kekal sama seperti model sedia ada iaitu enjin 1.5 liter aspirasi normal 4-silinder sebaris DOHC i-VTEC berkuasa 119hp @ 6,600rpm dan tork 145Nm pada 4,300rpm.
- Sistem transmisi kekal jenis automatik CVT dengan sistem pacuan roda depan.
- Kelihatan lebih eksklusif dengan pembaharuan luaran yang membabitkan spoiler bampar depan, skirt sisi dan spoiler bawah bampar belakang.
- Tambahan lain ialah lencana khas Special Edition.
- Pembeli juga akan menerima alat perakam video digital Honda (DVR) yang dipasang di bahagian cermin hadapan.
- City V Special Edition dilengkapi pencahayaan kaki dan plet kemasan sisi serta trunk tray.
- Ruang kargo sebesar 519 liter dan kerusi belakang boleh dilipat 60:40.
- Ada enam beg udara dan teknologi keselamatan termaju Honda SENSING.
Honda City merupakan sedan segmen B yang digemari ramai pengguna Malaysia sehingga membolehkan kereta itu merekodkan jualan terkumpul lebih 450,000 unit. Model generasi kelima versi dipertingkat membuat kemunculan pada Ogos 2023 dan mencatat jualan lebih 26,200 unit.
Leave a Reply