GRACSHAW Malaysia melancarkan siri topi keledar jenis open face edisi terhad Demon Slayer ke pasaran tempatan dengan empat corak pilihan mengikut watak anime tersebut, harga bermula dari RM490 seunit.
Topi keledar yang terhasil menerusi kerjasama pihak francais anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. Empat watak anime itu ialah Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, Kyojuro Rengoku dan Tengen Uzui.
Semua pilihan rangkaian topi keledar mula dijual hari ini. Berikut ialah warna dan corak mengikut watak anime berkenaan:
- Tanjiro Kamado: hitam hijau
- Nezuko Kamado: merah jambu
- Kyojuro Rengoku: tema berapi
- Tengen Uzui: biru
Topi keledar yang ditawarkan sistem pengudaraan dwi saluran, kekunci cincin D berkembar, rekabentuk aerodinamik dan menepati pensijilan SIRIM. Saiz topi keledar bermula dari M hingga XXXL.
Setiap topi keledar didatangkan dengan bungkusan khas termasuk beg khas, set pelekat Demon Slayer dan manual bertemakan Demon Slayer.
Leave a Reply