Genesis X Gran Coupe dan X Gran Convertible Concept melambangkan perkembangan rekabentuk kenderaan Korea.
Dua model ini menggabungkan ciri-ciri moden dengan gayaan klasik dan setara model premium buatan Eropah.
X Gran Coupe Concept dan X Gran Convertible Concept merupakan varian konsep yang diinspirasikan dari model utama Genesis, iaitu G90.
Kedua-duanya mempamerkan hala tuju masa depan jenama ini sebagai jenama mewah emosional melalui tipologi yang tersendiri.
X Gran Coupe Concept menonjolkan gaya elegan dan atletik Genesis.
X Gran Convertible Concept pula menampilkan rekaan yang menawarkan kebebasan ekspresi dan pengalaman bumbung terbuka yang lebih mengasyikkan serta hubungan langsung dengan persekitaran sekeliling.
Kedua-duanya tampil menawan dan terjemahan coupe dan convertible klasik dalam dunia moden.
Bahagian depan membawa identiti Genesis dengan lampu Two-Line dan jeriji Crest tiga dimensi yang diinspirasikan tali logam tenunan yang disusun dalam corak berlian.
Kemasan jeriji bawah dengan corak jaring menekankan karakter sporty kedua-dua model konsep, sementara bonet yang panjang mewujudkan siluet dinamik.
Lampu Two-Line yang memanjang ke fender memperkukuh kehadiran visual dan dikuatkan lagi dengan jarak trek yang lebih lebar.
Cermin hadapan yang lebih condong dan garis bumbung lebih rendah mewujudkan siluet kereta yang menyerlah.
Pintu tanpa tiang yang dipanjangkan serta tingkap tanpa bingkai yang boleh diturunkan sepenuhnya mewujudkan profil sisi yang dramatik dan anggun.
Untuk X Gran Coupe Concept, rekaan garis bumbung disatukan secara visual untuk kabin yang menyerupai kubah kereta sport.
Bagi X Gran Convertible Concept, garis pinggang (beltline) dipanjangkan ke belakang, memisahkan bahagian badan daripada bumbung boleh lipat.
Satu lagi yang menyerlah ialah rim lima bintang X Gran Convertible Concept seolah-olah potongan kristal. Rim X Gran Coupe Concept juga menarik seperti rekaan kereta sport.
Bahagian dalam X Gran Coupe Concept menampilkan elemen reka bentuk unik yang diinspirasikan oleh pokok zaitun Mediterranean.
Kayu zaitun berliang halus mikro digunakan secara menyeluruh selainan grafik bercahaya bertema zaitun. Rekaan karpet juga bertema zaitun.
Bukan sahaja objek fizikal, pemandu dan penumpang dapat menghidu bau kulit Genesis yang menggunakan sisa air dari pengeluaran minyak zaitun Itali dan bebas krom.
Tanah berpasir dan liat yang menyuburkan pokok zaitun Mediterranean menjadi inspirasi kepada penggunaan kristal dalam X Gran Coupe Concept dengan perincian pada stereng, konsol tengah dan salur udara.
Kristal ini memantulkan cahaya matahari dengan cara yang unik, menghasilkan pantulan cahaya yang menarik di dalam kabin.
Elemen kristal turut meningkatkan rasa mewah dalam X Gran Convertible Concept dan memberi kesan monokromatik.
Kerusi hadapan dengan tali pinggang kelendar dipasang skrin dan salur udara untuk penumpang belakang.
Kedua-dua X Gran Coupe dan X Gran Convertible nampak seperti sudah sedia untuk dikeluarkan namun Genesis belum mengesahkannya.
Genesis X Gran Coupe:
Genesis X Gran Convertible:
Leave a Reply