Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Catat 30,073 Unit Terjual Sejak 2023, Rangkaian Terus Diperluas
Auto Terkini

Chery Malaysia Catat 30,073 Unit Terjual Sejak 2023, Rangkaian Terus Diperluas

SyafieBy Syafie03/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CHERY Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting apabila merekodkan 30,073 unit kenderaan terjual sejak tahun 2023, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama automotif paling pesat berkembang di pasaran tempatan.

Pencapaian itu didedahkan dalam satu sesi pembentangan khas bersama rakan niaga dan pengedar, yang turut memperincikan hala tuju jenama, strategi produk serta peluasan rangkaian Chery di Malaysia.

Prestasi Jualan Kukuh 2025

Bagi tahun 2025 sahaja, Chery Malaysia mencatatkan 12,930 unit jualan, mencerminkan penerimaan positif pengguna terhadap barisan produk SUV jenama itu, khususnya daripada siri Tiggo dan Omoda.

Perkembangan Model: Omoda Kian Dominasi

Berdasarkan pembentangan perkembangan model:

2023

  • Omoda Series: 84 peratus
  • Tiggo Series: 16 peratus

2024

  • Omoda Series: 63 peratus
  • Tiggo Series: 37 peratus

Separuh Pertama 2025

  • Tiggo Series meningkat kepada 51 peratus
  • Omoda Series: 49 peratus

Separuh Kedua 2025

  • Tiggo Series dijangka mencecah 75 peratus
  • Omoda Series: 25 peratus

Keseluruhan 2025

  • Tiggo Series: 66 peratus
  • Omoda Series: 34 peratus

Peralihan ini menunjukkan fokus lebih besar terhadap model Tiggo bagi memenuhi permintaan segmen keluarga dan SUV bersaiz sederhana.

Pelan Produk: EV, PHEV, HEV dan ICE

Chery turut mengesahkan perancangan produk jangka sederhana melibatkan pelbagai jenis rangkaian kuasa:

Omoda 5

  • Versi petrol
  • Versi elektrik penuh (EV)
  • Versi pemasangan tempatan (OS MY)

Tiggo 8

  • Versi Pro
  • Versi Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV)

Tiggo 7

  • Versi Pro
  • Versi PHEV

Tiggo Cross

  • Enjin pembakaran dalaman (ICE)
  • Hibrid Elektrik (HEV)

Langkah ini selari dengan strategi elektrifikasi jenama melalui teknologi Chery Super Hybrid (CSH).

Fokus Jenama: Peralihan Ke Arah Elektrifikasi

Dari sudut fokus jenama:

  • 2023 hingga 2024: 100 peratus model ICE
  • Separuh Pertama 2025: Model CSH mula diperkenalkan
  • Separuh Kedua 2025: 21 peratus CSH
  • 2026: Sasaran 30 peratus barisan model menggunakan teknologi CSH

Rangkaian Chery Malaysia Terus Berkembang

Setakat ini, Chery Malaysia mempunyai:

  • 59 pusat jualan
  • 54 pusat selepas jualan
  • 25 pusat Body and Paint

Rangkaian ini meliputi seluruh Semenanjung Malaysia serta Malaysia Timur, bertujuan meningkatkan kemudahan akses dan sokongan pelanggan.

Showroom Generasi Baharu

Dalam masa sama, Chery turut memperkenalkan konsep New Generation Chery Showroom, menampilkan rekaan moden, identiti visual terkini serta integrasi teknologi digital bagi meningkatkan pengalaman pelanggan di bilik pameran.

Auto Terkini Chery Malaysia Jualan Keseluruhan 2025
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

03/02/2026
Auto Terkini

Protected: Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

03/02/2026
Auto Terkini

Morbidelli N125V, 125cc V-twin, Rangka Trellis, Lengan Ayun Tunggal!

03/02/2026
Auto Terkini

Mr. Absorber Rasmi Buka Cawangan ke-46, Catat Rekod Malaysia Book of Records (MBR)

03/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.