Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»CFMoto 250 Dual Rasmi Dilancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!
Roda2

CFMoto 250 Dual Rasmi Dilancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

SyafieBy Syafie02/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CFMOTO Malaysia secara rasmi melancarkan CFMoto 250 Dual, model pertama bagi tahun 2026 yang direka khusus untuk penunggang yang mahukan motosikal serba boleh bagi kegunaan bandar dan laluan off-road ringan.

Pelancaran CFMoto 250 Dual berlangsung sempena Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat dan Pusat Servis Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan barisan produk CFMOTO di Malaysia.

Harga RM9,888, Tiga Pilihan Warna

CFMoto 250 Dual ditawarkan pada harga RM9,888 dan kini boleh didapati di semua pengedar sah CFMoto dan Mforce di seluruh negara.

Model ini hadir dengan tiga pilihan warna:

  • Tundra Grey
  • Polar White
  • Lime Green

Gabungan warna tersebut menyerlahkan karakter lasak yang digabungkan dengan sentuhan rekaan moden.

Enjin 249 cc, Respons Lancar, Jimat Bahan Api

CFMoto 250 Dual dikuasakan enjin 249cc satu silinder, 4-lejang dengan penyejukan cecair, mampu menghasilkan:

  • Kuasa maksimum: 18kW pada 8,000rpm
  • Tork puncak: 22.5Nm pada 7,000rpm

Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) memastikan respons pendikit yang lancar, kecekapan bahan api lebih baik serta prestasi konsisten untuk tunggangan harian dan perjalanan jarak sederhana.

Kuasa disalurkan melalui sistem pacuan rantai bersama klac manual basah berbilang plat, memberikan kawalan lebih tepat dan keyakinan ketika pertukaran gear.

Suspensi Panjang, ABS Dwi-Saluran

Bagi meningkatkan kestabilan di pelbagai permukaan jalan, CFMoto 250 Dual dilengkapi:

  • Fork teleskopik terbalik di hadapan
  • Penyerap hentak monoshock di belakang

Suspensi ini menawarkan 160mm jarak perjalanan hadapan dan 38mm belakang, sesuai untuk laluan tidak rata serta tunggangan lasak ringan.

Sistem brek cakera tunggal hadapan (265mm) dan belakang (220mm) dipadankan dengan ABS dwi-saluran, memberikan tahap keselamatan dan keyakinan lebih tinggi.

Rim Jejari, Kelegaan Tinggi, Rangka Tahan Lasak

CFMoto 250 Dual menggunakan rim jejari (spoke wheel) dengan:

  • Tayar hadapan 80/100-21
  • Tayar belakang 120/80-18

Gabungan ini memastikan cengkaman kukuh dan kestabilan di jalan berturap serta permukaan tidak rata. Rangka tiub keluli pula meningkatkan ketahanan keseluruhan motosikal.

Dari segi dimensi:

  • Panjang: 2,120mm
  • Lebar: 910mm
  • Tinggi: 1,225mm
  • Jarak roda: 1,415mm
  • Ketinggian tempat duduk: 840mm
  • Kelegaan tanah: 245mm
  • Berat: 154kg
  • Tangki bahan api: 13L

Spesifikasi ini menjadikan CFMoto 250 Dual sesuai untuk penunggang yang inginkan motosikal ringan, tangkas dan mudah dikendalikan.

Ciri Moden, Waranti Menarik

Antara ciri standard ditawarkan termasuk:

  • Paparan meter digital
  • Lampu hadapan dan belakang LED
  • Port pengecasan USB Type-A
  • Suis keselamatan tongkat sisi

Setiap pembelian CFMoto 250 Dual turut disertakan jaminan waranti dua tahun tanpa had perbatuan, dan kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh CFMoto Malaysia.

 

Auto Terkini CFMoto 250 Dual CFMOTO Malaysia Mforce Bike Holdings Sdn Bhd
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mforce Rasmi Pejabat dan Pusat Servis Kuala Lumpur, Kini Terbesar di Malaysia!

02/02/2026
Kempen 'Hypermarket Sweep'
Auto Terkini

Petron Hargai Pelanggan Setia Menerusi ‘Hypermarket Sweep’

31/01/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Petronas Sprinta F900HD
Auto Terkini

Petronas Sprinta Lancar Peraduan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’

30/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.