MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) mempertontonkan model motosikal terbaharu jenis bobber iaitu BENDA Napoleon Bob 250 semasa majlis perasmian MForce Best Shop Hoong Fatt Motoworld di Ipoh, Perak malam Sabtu lalu.
Motosikal itu hadir dengan dua warna pilihan iaitu hitam dan perak yang akan memasuki pasaran antara Januari dan Februari 2025 dengan anggaran harga jualan sekitar RM20,000 hingga RM25,000 seunit, tidak termasuk insurans serta cukai jalan.
Berikut ialah perinciannya:
- Trenkuasa 4-lejang 249cc V-Twin SOHC 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api, berkuasa 25.5hp pada 9,000rpm dan tork 25Nm @ 5,500rpm.
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan klac slipper.
- Sistem pacuan jenis rantai.
- Instrumen meter jenis LCD dengan paparan digital.
- Fork depan jenis teleskopik konvensional dan set absober berkembar di belakang.
- Rim aloi 18 inci dengan tayar 130/80 (depan), 160/70 (belakang).
- Dilengkapi sistem brek cakera tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS).
- Dimensi panjang 2,333mm, lebar 838mm, tinggi 1,038mm.
- Jarak roda 1,545mm dan jarak bumi 120mm. Ketinggian pelana 748mm dan seberat 182kg.
- Kapasiti tangki minyak 9.5 liter.
Leave a Reply