Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Batal Lesen PSV Serta Merta Terhadap Pelaku Gangguan Seksual
Auto Terkini

Batal Lesen PSV Serta Merta Terhadap Pelaku Gangguan Seksual

SyafieBy Syafie03/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia memandang serius insiden gangguan seksual membabitkan seorang pemandu e-hailing terhadap penumpang wanita di Johor Bahru, baru-baru ini.

Susulan kejadian itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) milik pemandu terbabit dengan serta-merta.

Menurut MOT, tindakan pembatalan lesen tersebut bermakna pemandu berkenaan dilarang sepenuhnya daripada berkhidmat sebagai pemandu e-hailing di semua platform yang beroperasi di Malaysia.

Semua Pengendali E-hailing Dipanggil

Dalam perkembangan sama, MOT menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing, termasuk Grab, bagi membentangkan pelan tindakan penambahbaikan keselamatan penumpang.

Langkah itu bertujuan memastikan tahap keselamatan pengguna perkhidmatan e-hailing diperkukuh dan kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan.

MOT Tegas, Tiada Toleransi

MOT menegaskan bahawa pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang bentuk tingkah laku yang boleh mengancam keselamatan penumpang, khususnya melibatkan gangguan seksual.

Pada masa sama, kementerian turut menyatakan kesediaan untuk menyokong mangsa dalam memastikan tindakan undang-undang diambil oleh pihak polis terhadap pelaku.

Tegas MOT, keselamatan penumpang kekal sebagai keutamaan utama dan sebarang pelanggaran etika oleh pemandu pengangkutan awam akan dikenakan tindakan paling keras tanpa kompromi.

SUMBER: FB AnthonyLoke

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini grab Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Petrol RON97
    Auto Terkini

    Lebih 400 Stesen Minyak di Filipina Ditutup Susulan Kenaikan Harga Bahan Api

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.