AVETA Malaysia bakal melancarkan dua model skuter siri Nova ke pasaran tempatan untuk kelas 125cc dan 160cc dalam masa terdekat.
Malah sekeping foto acah kami terima mendedahkan skuter Nova itu mengetengahkan rekabentuk moden yang pasti diminati ramai peminat skuter tanah air. Buat masa ini, dua varian Nova itu sedang menjalani ujian enduran di Malaysia.
Aveta Nova 160 2025 dikatakan sesuai untuk golongan pekerja profesional dan penunggang bandar, termasuk mereka yang merancang menaik taraf kepada skuter lebih berprestasi.
Nova 160 dilengkapi trenkuasa dengan sistem penyejukan cecair, sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan panel meter LCD digital, manakala lampu utama jenis LED dengan kapasiti tangki petrol 8 liter.
Aveta Nova 125 2025 pula skuter ringan dengan ciri praktikal yang menepati keperluan golongan pelajar, wanita atau penunggang yang kerap bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
Enjin Nova 125 berasaskan sistem penyejukan udara dengan transmisi automatik CVT dan ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 13.2 liter dan ada soket USB.
Leave a Reply