SELAIN menjalankan projek pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), AFA Infrasturcture and Development Sdn Bhd (AFA) juga melancarkan Projek Mitigasi Banjir LPT1 demi meningkatkan daya tahan lebuh raya ketika cuaca buruk.
Dengan peruntukan sebanyak RM200 juta, projek ini turut dianggarkan siap sepenuhnya menjelang Disember 2028. Malah, ia akan memberikan fokus utama terhadap meminimumkan gangguan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Berikut penambahbaikan yang dirancang dalam projek ini:
- Peningkatan sistem saliran untuk menguruskan jumlah air yang lebih besar dengan berkesan.
- Pemanjangan dan pengukuhan culvert untuk meningkatkan aliran air dan integriti struktur.
- Peninggian jalan di kawasan yang mudah banjir untuk mencegah takungan air dan mengekalkan akses jalan.
- Penstabilan cerun dan tambakan untuk mencegah hakisan tanah dan tanah runtuh.
- Pengurusan tumbuh-tumbuhan secara strategik untuk meningkatkan penyerapan air dan mengurangkan larian air.
Pengerusi AFA Group, Tan Sri Azmil Khalili Khalid berkata,
Dalam inisiatif kami untuk memulakan projek Pelebaran KL-Karak dan Mitigasi Banjir LPT1, AFA bukan sahaja memenuhi keperluan infrastruktur semasa, tetapi juga membina asas untuk rangkaian pengangkutan yang tahan lasak dan cekap yang memenuhi permintaan masa depan."
"Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan pendekatan menyeluruh kami—mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya dan kelestarian ekosistem yang kami operasikan. Dengan menggabungkan inovasi dalam kejuruteraan dengan penyelesaian praktikal, kami nekad untuk menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia untuk generasi akan datang."
Leave a Reply