• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Apakah Yamaha PES1 Lancar di India? Bakal Cetus Trend Motosikal EV di Asia?

Apakah Yamaha PES1 Lancar di India? Bakal Cetus Trend Motosikal EV di Asia?

December 21, 2017 By Aryon Leave a Comment

459
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA PES1 dipamerkan pada Pameran Motor Tokyo sejak 2014 sebagai motosikal elektrik (EV) konsep. Walaupun agak lama ditayangkan, tetapi rekabentuk PES1 boleh dikatakan kalis masa. Rekaan casis dibangunkan menggunakan frem monokok dan dilengkapkan motor elektrik DC brushless bersama dua bateri litium-ion mudah tanggal.

Sistem transmisi PES1 adalah jenis automatik dan boleh ditukarkan kepada manual, manakala berat jentera tidak melebihi 100kg. Pada masa itu, penampilan PES1 nyata cukup mengagumkan!

TREND EV SEMAKIN BERKEMBANG

SAMA seperti dunia kereta, pasaran motosikal juga tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi EV yang semakin berkembang saban tahun walaupun khalayak pembeli, terutama di Asia seakan tidak peduli dengan perkembangan tersebut. Pemerhati automotif meramalkan trend EV akan mula rancak dalam tempoh 20-30 tahun akan datang dan jangka masa itu bukanlah terlalu lama.

BACA >>> Robot yang Menunggang Mahu Cabar Rossi di Litar, Siapa Menang? Jom Undi Sekarang!

Dalam dunia motosikal, lihat saja Honda, pada Pameran Motor Tokyo 2017 lalu baru saja memperkenalkan model PCX Hybrid dan PCX Electric yang siap sedia dijual di pasaran global. Tidak kurang juga pengeluar dari India, seperti Emflux menerusi Model 1 yang baru-baru ini memperkenalkan prototaip superbike EV pertama di negara itu.

Apa yang pasti, pembangunan motosikal EV masa kini sudah pun sedia memasuki fasa pengeluaran massa, dan bukan lagi sekadar cuba-cuba atau trial and error.

YAMAHA MAHU UJI PASARAN INDIA


Terbaharu, Yamaha juga tidak mahu ketinggalan. Sebenarnya pengeluar dari Jepun itu memang tidak asing lagi dengan unit EV. Misalnya model e-Vino pernah dipasarkan di Negara Matahari Terbit itu. Malah, beberapa unit e-Vino yang dilabelkan sebagai Yamaha EV sudah pun digunakan di kilang pemasangan Yamaha sebagai kenderaan operasi.

Di negara jiran kita, Indonesia, Yamaha mengajak beberapa entiti perusahaan dan perniagaan seperti Taman Botani Bogor, Universiti Pelita Harapan, Mitsubishi Motor Krama Yudha Indonesia dan The Breez BSD untuk mencuba unit Yamaha EV sebagai kenderaan operasi dalaman.

yamaha-pes1-6
yamaha-pes1-10
yamaha-pes1-15

Kali ini, Yamaha mahu lebih serius dalam pasaran motosikal EV dengan menjadikan India sebagai pasaran ujian. Yamaha India kini sedang merancang pelaburan dalam industri motosikal EV dan bateri EV pada masa hadapan. Beberapa kajian turut dilakukan untuk meneliti aspek pasaran massa di negara Asia Selatan itu.

BACA >>> Emflux Model 1 - Superbike Elektrik Pertama India, 0-100kmj Sepantas 3 saat

Sebenarnya, Yamaha boleh saja membawa masuk motosikal EV ke India, tetapi tidak mahu terburu-buru kerana masih mahu menumpukan kepada usaha menguatkan reputasi jenama itu menerusi pembuatan produk konvensional. Apapun, Yamaha dengan kerjasama Kerajaan India dalam masa terdekat memang sedang merancang untuk memasarkan produk EV seiring model konvesional dalam usaha membentuk trend motosikal EV di kalangan pembeli.

Bagaimanapun, Yamaha hingga kini masih belum mendedahkan apakah model EV yang akan dijual di India. Apakah seperti  rekabentuk motosikal konsep PES1? Kalau betul, memang menarik!

GALERI

Related

459
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, India, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2, Yamaha, Yamaha PES1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev