• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2025 Marc Marquez Sah Terlepas Aksi di Grand Prix Australia dan Malaysia

#MotoGP2025 Marc Marquez Sah Terlepas Aksi di Grand Prix Australia dan Malaysia

October 9, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JUARA dunia baharu MotoGP 2025 , Marc Marquez, disahkan tidak akan beraksi dalam dua pusingan seterusnya selepas pemeriksaan perubatan lanjutan di Madrid mendapati pelumba Sepanyol itu mengalami patah pada pangkal proses korakoid serta kecederaan ligamen pada bahu kanan.

Kecederaan Baharu, Tiada Kaitan Dengan Insiden Lama

Pemeriksaan klinikal dan penilaian radiologi yang dijalankan di Hospital Ruber International, Madrid, mengesahkan bahawa kecederaan tersebut tidak berkaitan dengan kecederaan lampau dan tiada pergerakan tulang yang serius.Pasukan perubatan yang diketuai oleh Dr. Samuel Antuña dan Dr. Ignacio Roger de Oña telah memilih pendekatan rawatan konservatif yang melibatkan rehat sepenuhnya dan immobilisasi bahu sehingga pulih dan tulang kembali bersatu sepenuhnya.

Dengan itu, Marquez akan terlepas Grand Prix Australia dan Malaysia, manakala tempoh pemulihan seterusnya akan ditentukan melalui pemeriksaan mingguan.

Fokus kepada Pemulihan Penuh

Marquez berkata bahawa keutamaannya kini adalah untuk sembuh sepenuhnya tanpa tergesa-gesa kembali ke litar.

“Nasib baik kecederaan ini tidak terlalu serius, tetapi penting untuk saya menghormati tempoh pemulihan. Matlamat saya ialah kembali sebelum musim tamat, tetapi tidak akan memaksa melebihi saranan doktor. Saya dan pasukan sudah capai sasaran utama musim ini, jadi fokus kini adalah untuk pulih sepenuhnya dan kembali 100%,” kata pelumba #93 itu.

SUMBER: MotoGP.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2025 MotoGP, 2025 MotoGP Australia, 2025 MotoGP Malaysia, Ducati Lenovo Team, Marc Marquez

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my