• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rapid Bus Sedia 82 Bas Khas Sempena MotoGP Malaysia 2025

Rapid Bus Sedia 82 Bas Khas Sempena MotoGP Malaysia 2025

October 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Bas Rapid KL Jalan Ampang

BAGI mengurangkan kesesakan lalu lintas sempena Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2025, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan menyediakan sebanyak 82 unit bas khas untuk membawa para peminat ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 24 hingga 26 Oktober ini.

Perkhidmatan khas ini disediakan bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan selesa buat pengunjung yang ingin menikmati kehangatan aksi perlumbaan dua roda paling berprestij dunia itu.

Tiga Hab Utama ke Litar Antarabangsa Sepang

Menurut kenyataan rasmi Rapid Bus, operasi bas khas dijalankan dari tiga lokasi utama iaitu:

  • Hab Bas Pasar Seni
  • Hentian Bas KLCC
  • Hab Bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2

Ketiga-tiga lokasi ini dipilih bagi memudahkan penyokong MotoGP daripada pelbagai kawasan Lembah Klang dan pelancong luar untuk menuju ke SIC tanpa perlu risau tentang parkir atau kesesakan di sekitar kawasan litar.

“Hab Bas Pasar Seni menyediakan sambungan ke Laluan Kelana Jaya dan Laluan Kajang, manakala Hentian Bas KLCC pula bersambung dengan Laluan Kelana Jaya. Bagi pengunjung yang tiba melalui KLIA2, sambungan turut disediakan terus ke ERL Express.”

Tiket Mula Dijual Esok - Harga Bermula RM12

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi shop.myrapid.com.my bermula esok, atau secara terus di lokasi terpilih.

Harga tambang yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • KLCC/Pasar Seni - SIC: RM20 (sehala) atau RM35 (pergi-balik)
  • KLIA2 - SIC: RM12 (sehala)

Selain itu, Rapid KL juga menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di sekitar kawasan SIC sepanjang tempoh acara bagi memudahkan pergerakan pengunjung antara pintu masuk, parkir dan kawasan tumpuan.

Alternatif Mudah dan Cekap ke MotoGP Sepang

Inisiatif penyediaan 82 bas khas ini membuktikan komitmen Rapid Bus dalam menyokong acara sukan bertaraf dunia sambil menawarkan pilihan pengangkutan awam yang mudah, selamat dan mampu milik.

Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Sepang, tetapi turut menjadikan pengalaman ke MotoGP Malaysia 2025 lebih tersusun dan menyeronokkan bagi semua peminat dua roda.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Malaysia, Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2025, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my